Monday, October 7, 2013

 
 Cukuplah Allah Bagi Ku
 
 

Melangkah itu mudah
 namun mencari arah itu yang payah
mencari jalan itu mudah
namun memahami destinasi itu yang susah
menyusuri susur itu mudah
namun menuju noktah itu pasti mendatangkan lelah...

dan semua ini...
menjaga ISTIQOMAH itu paling susah, payah dan lelah
namun DIA amat tahan bagi hambaNYA
DIA tidak meminta manusia menjadi yang terbaik, 
hanya perlu untuk melakukan yang terbaik
meletakkan sandaran dan keyakinan penuh kepadaNya
lantas nescaya DIA akan menguruskan yang selebihnya
agar yang terbaik itu menjadi milik manusia...
TERNYATA AKU ADA DIA
ALLAH SWT...  
 
 


  P/S: selama aku hidup ni, macam-macam manusia yang aku jumpa, tapi aku paling lelah dengan manusia yang kata-katanya manis-manis belaka.. katanya ingin mencari CINTA ILLAHi hingga takbur pada dunia mengenepi CINTA MANUSIA.. dan kini, aku melihat kata-katanya memakan diri sendiri... hiduplah atas fitrah yang ditentukan...




Sunday, October 6, 2013

Merancang Pertemuan Dua Hati



Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum sejujurnya saat ini aku ingin mencoretkan kata-kata disini, bertapa syukurnya aku pada Allah yang sudah menitipkan rasa cinta dan kasih sayang diantara kami walau kami belum bersua muka.. begitulah hebatnya kuasa Allah, begitulah hebatnya kuasa cinta dan kasih sayang.. dan begitu juga hebatnya kuasa hati...
hati, bila dah suka, bila dah jatuh cinta, bila dah sayang..... pastinya kita akan sentiasa mengingatinya. begitu juga dengan diriku. sering saja hati mengingatinya, namun kerana keterbatasan yang ada, Allah dan doa menjadi perantaranya aku dan dia... ku minta pada Allah untuk menjaganya setiap masa, memelihara dirinya daripada segala keburukan dan kecelakaan..
ya.... aku masih jua belum melihatnya dengan mata pinjaman Allah ini. dan aku teringin sangat untuk bertemunya. Semoga Allah memberikan kami kudrat, kekuatan untuk kami mengeratkan lagi kasih sayang yang terbina.. Aaminn 

Tiada Yang Indah Bila Saling Mencintai Kerana Allah S.W.T 
 

Tuesday, July 9, 2013

 Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan

  Ramadhan tahun ni aku rasa sama macam tahun-tahun yang lepas,hmm dia balik ke tak balik ke semua nya sama saje,adik mana yang tak terkilan tengok perangai abang sulung nya macam tue..Sebagai abang yang sulung patut nya bagi contoh pada adik-adik,contoh yang baik..Ramadhan tahun nie mungkin nampak ceria pada pandangan mereka tapi bukan aku,aku rasa detik nie sama saje time aku kecik dulu..solat terawih tak pernah pergi,jangankan solat terawih solat wajib pun mereka tak buat..hmm sampai bila nak macam ni?

  Aku tak kata aku anak yang soleha,tapi aku rasa aku patut tegur dan ubah cara mereka,siapa lagi nak buat macam tue,kalau tak aku,nak harap orang lain lagi lah,rasa sedih bila aku lalui benda yang sama lagi..kenapa?
                       Salam Rindu



      Sampai kan salam rindu ini buatnya yang jauh disana,Aku hanya mampu mengutuskan salam rindu dan doa buatnya..Banyak ujian yang kian menghampiri diri ini.seorang insan yang ku anggap sebagai abang dan keluarga,menghulur kasih dan mengharap pembalasan atas dasar kasih..sungguh tak dijangka..Tapi Allah maha menghatahui siapa yang bertahta di hati ini..Ya Allah tetapkan pilihan ini dan jangan biarkan aku berpaling arah..

  Malam tue aku tak boleh tidur,hmm aku pun tak tahu kenapa so aku on9lah facebook dan dalam masa yang sama,dia turut on9..hehe Alhamdulilah rasa happy jap..hehe... nak tegur dulu segan..so biarlah dia tegur dulu..dalam tanya khabar,keadaan aku rasa tersentuh bila tahu dia sakit,hmm tambah lagi dia sibuk dengan excam,aku taknak ganggu sebab taknak ganggu tumpuan dia pada pelajaran..Rasa tersentuh bila dia dan aku saling merindui..Maaf awak saya hanya mampun doakan awak dari jauh..orang cakap bila bulu mata kita jatuh ada orang rindu..adakah dia rindukan aku..

  Malam tue tido lambat pun takpa..sebab aku nak tahu khabar dan keadaan dia,Ya Allah dia sakit,Tapi sakit yang tak mampu dilhat dengan mata kasar,hmm awak degilkan,ingat tak saya pernah suruh awak tukar gambar tue,tapi awak degil kan?tengok sekarang awak yang susah,Macam mana keadaan awak sekarang,dah sembuh ke?atau masih sakit lagi?..hmm Kita dipisahkan dengan jarak yang jauh,kita jarang berhubung,Tapi kita dekat dalam doa ^_^.. Masa rasa macam lambat berjalan,saya tak tahu kenapa bila ingat awak,air mata saya mengalir,saya rasa sakit sangat,rasa sebak,saya ketawa dalam tangis sebab saya rasa cinta kita unik kot..hehe..

 Saya dah nampak wajah awak,tapi awak tak pernah nampak wajah saya,hmm mungkin ada hikmah sebaliknya..tapi terus terang saya jarang tengok pic awak..apa yang saya tengok setiap pos awak,seperti keadaan saya sekarang,keluarga hanya mengejar dunia..

Ujian akan sering mengikuti kita tak kira dimana,tak kira masa atau apa pun..Saya harap awak menjadi pelajar yang cemerlang,anak yang soleh dan berjaya dunia dan akhirat,Jaga iman.Jaga hati jangan leka
ingatlah doa saya sentiasa bersama awak ^_^..



Monday, June 17, 2013

     Tak jadi ustazah pun takpa 


 Time kecik-kecik aku selalu angan-angan nak jadi cikgu,sebab seronok mengajar hehe,hobi time kecik-kecik bila takda kerja ahh adik-adik dijadikan murid dan aku lah cikgu yang tak diiktiraf tue..huhu,
tapi bila dah meningkat dewasa,cita-cita selalu beralih -arah, ikut minat dan ikut pengtahuan,sampai satu masa yang aku dan jumpa cita-cita yang selama ni aku cari..

Ahh cita-cita aku yang sampai sekarang aku pegang adalah nak jadi seorang pendakwah dan seorang ustazah,ustazah ni adalah impian mak aku,tapi sebab peristiwa dalam hidup dia,impian hanya tinggal impian.sebagai seorang anak siapa yang tak rasa sedih,bila aku dengar sendiri luahan hati seorang ibu hati aku rasa nak nangis tapi aku pendam,biarlah sakit pun aku jugak yang tanggung sakit tue,dan dalam diam aku azam nak jadi ustazah pada mak dan adik-adik aku,lantaklah orang nak kata aku sok alim,aku tak kisah,pada aku semua tu tak jadi kudis dalam diri aku,malah aku anggap semua ni adalah ujian buat aku..



  Mak ila tak jadi ustazah pun takpa cukuplah ila jadi ustazah pada mak dan adik-adik,ila nak sangat tengok mak solat,mengaji dan ila nak rasa nikmat dan bahagia bila kita berjamaah ramai-ramai.Ya Allah izinkan aku merasa nikmat itu sebelum ajal menjemputku..Ila selalu doa semoga Allah swt bukakan pintu hati keluarga ila,ila tak mintak banyak cukup kita satu keluarga saling menyayangi dan saling menghormati antara satu sama lain..Mak nak anak mak ni jadi usatazah tapi kenapa tak izinkan anak mak pergi mencari ilmu,ila nak tunaikan impian mak,andai mak tahu tiap air mata yang mengalir memohon pada Nya adalah air mata yang sentiasa merintih pada yang esa agar sentiasa sabar dan tabah dalam menghadapi karena keluarga yang jauh dari sang pencipta..

    Bila tengok keluarga sahabat hanya Allah yang tahu betapa hati aku sering merintih dan sentiasa mengharap akan tiba saat aku merasakan dan punya keluarga yang bahagia..tiap hari saat dan detik ini aku masih berharap,mana perginya kasih dan sayang dalam keluarga,ketegasan seorang ayah untuk membimbing anak dan istri nya agar mentaati perintah Allah..ingin ku luahkan namun apa daya aku hanya seorang anak,layak kha aku untuk menegur,Ya Allah andai bisa mereka mendengar setiap rintihan hati ini..




  Aku tahu ilmu aku tak setinggi mana,aku cetek bab ilmu agama,sebab tue aku nak belajar sekurang-kurangnya aku boleh share pada mak ayah dan adik-adik..Namun andai langkah ku tanpa restu untuk apa semua ini untuk ku...aku rasa aku tinggal ditempat yang asing.umpama aku tiada pertalian dalam keluarga ku..kenapa?mengapa?Ya Allah andai ini ujian buat ku redhakan aku menghadapi semua ini dengan penuh tanda kesyukuran padaMu..kerana aku tahu setiap ujian dariMu adalah tanda kasih dan sayang Mu buat hambaMu yang hina ini.. Ya Allah hanya Engkau yang ku ada yang memahami dan sentiasa melindungi dan sentiasa mendengar setiap rintihanku..Hanya padaMu tempat aku berharap.Engkau adalah sumber kekuatan.kesabaran dan ketabahan bagi insan yang lemah seperitiku..Jangan biarkan aku bersendiri tanpa hala tuju..Kerana hanya Engkau cinta dan teman yang Abadi.. Aamiin Ya rabbi..


Aku yang memendam rasa T_T ..

Thursday, June 13, 2013

 Adab Adab Bercinta Dalam Islam.

Dlam surah ar-Rum ayat 21 Allah menyatakan, “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah bahawa Dia menciptakan isteri-isteri bagimu dari kalangan kamu sendiri supaya kamu dapat hidup tenang bersama mereka dan diadakan-Nya cinta kasih sayang antara kamu. Sungguh, dalam yang demikian ada tanda-tanda bagi orang yang menggunakan fikiran..
ISLAM menggariskan akhlak yg terbaik untuk merealisasikan percintaan sesama lelaki dan perempuan yang mukalaf. Terdapat tiga peringkat percintaan yang mana orang Islam hendaklah mencuba sedaya upaya mereka untuk memelihara kesucian cinta itu daripada dicemari unsur-unsur maksiat dan perkara-perkara yang dapat membawa kepada kemurkaan Allah. Tiga peringkat tersebut adalah cinta sebelum perkahwinan, cinta selepas bertunang dan cinta selepas perkahwinan..

Cinta Sebelum Kahwin... 

Cinta sebelum perkahwinan adalah cinta yg hadir drpd pergaulan harian dgn individu yg mempunyai kesamaan drpd segi cita rasa, peribadi, minat dan cara hidup. Ada kalanya cinta ini adalah cinta pandang pertama yg hadir secara mendadak, dan ia juga mungkin cinta yang dibina secara berperingkat melalui pertemuan dan pergaulan harian. Cinta sebelum perkahwinan biasanya tidak digalakkan dalam Islam, kerana dikhuatiri akan menjerumuskan pencinta itu ke kancah maksiat dan kelalaian dlm percintaan. w'bagai mana pun jika percintaan itu mempunyai matlamat suci, iaitu untuk membawa pencinta itu ke jinjing pelamin dan ikatan yg sah, maka sebagai pencinta yang beriman dan takutkan Allah, mereka haruslah menjaga dan memelihara perkara-perkara berikut.. .

>>Menjaga batas-batas pergaulan dengan tidak menyentuh sesama sendiri, tidak membuang masa berjam-jam dgn bertelefon atau berbual-bual, dan tidak menjadikan pergaulan mereka seperti suami isteri yang sudah sah dinikahkan. Mereka harus sedar dan berasa malu kerana mereka masih belum mempunyai sebarang hak ke atas satu sama lain... 


>>Menghormati maruah dan harga diri masing-masing, dalam erti kata lain tidak membenarkan diri berdua-duaan dengan kekasih, kerana orang yang ketiga adalah syaitan. Di samping itu tidak berhias-hias atau menampakkan perhiasan di hadapan kekasih kerana dikhuatiri boleh menaikkan nafsu syahwat kekasih. Sebaik-baiknya sebarang pertemuan hendaklah melibatkan mahram atau ibu bapa yang mengawasi tingkah laku mereka.... 


>>Mendapat restu dan kebenaran dari ibu bapa adalah faktor kejayaan dalam percintaan sebelum perkahwinan. Restu daripada ibu bapa memudahkan proses pertunangan dan pernikahan yang akan berlangsung sebagai kelangsungan daripada cinta itu. Ibu bapa harus memainkan peranan dengan memastikan anak-anak tidak melupakan tanggungjawab peribadi dan batasan akhlak dan ajaran agama semasa bercinta... 

>>Berdoa dan menunaikan solat hajat supaya percintaan yang dimiliki akan diredai dan diberkati Allah. Bermohon kepada Allah supaya cinta itu dapat membawa kpd kesempurnaan peribadi dan kesempurnaan agama dgn mendirikan rumah tangga dan memelihara kelangsungan cinta itu....

>>Sentiasa melakukan solat Istikharah bagi meneguhkan hati supaya orang yang dicintai itu adalah yang terbaik utk menjadi pasangan hidup sehingga ke akhir hayat. Janganlah mencintai seseorang kerana harta, rupa atau keturunannya, tetapi cintailah dia kerana agama dan kemuliaan akhlaknya. Solat istikharah membantu supaya individu yang bercinta itu tidak menyesal dengan pilihannya dan dia wajiblah menjuruskan percintaannya itu untuk mendirikan rumah tangga yg terpelihara. Sekiranya dia bercinta tanpa niat untuk berumah tangga tetapi sekadar ingin bermain-main dan bersuka ria, maka percintaan itu adalah penipuan dan setiap perbuatan ke arah itu mencetuskan dosa dan kemurkaan Allah... 


Setiap perbuatan cinta seperti menyentuh kekasih, bersalaman, berdating, berpelukan dan bercanda adalah dilarang sebelum perkahwinan. ..Sebagai hamba Allah yang takut kepada kemaksiatan dan kehinaan hidup di dunia, pasangan kekasih hendaklah berasa malu utk mempamerkan ‘cinta terlarang’ mereka kerana belum lagi diiktiraf oleh perkahwinan yg dituntut oleh syarak. Tetapi sebaliknya, apabila diikat dgn ikatan perkahwinan yang sah, perbuatan-perbuatan itu mendatangkan pahala dengan syarat suami isteri itu berusaha utk menjaga batasan akhlak dan kesopanan tingkah laku apabila berada di khalayak ramai... 





By Syeik ALzal (Notes)




السلام عليكم . بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم.لا إله إلاَّ الله.محمد رسو ل الله
الحمد لله رب العا لمين. الصلاة و السلام على رسو ل الله.اما بعد

Seringkali, orang kufar mencoba mengganggu iman kita dengan bertanya, mengapa Qur’an sering guna kata KAMI untuk ALLAH? Bukankah kami itu banyak? Itu bermakna Qur’an pun mengakui “Tuhan” bapa, “Tuhan” anak & “Tuhan” roh!

Bagaimana kita nak jawab soalan macam ni???

Nombor 1 yg kena diingat ialah, Bahasa Arab ialah bahasa paling sukar didunia. Sedang bahasa paling sukar nombor 2 ialah Bahasa China.

Hal ini disebabkan kerana dalam 1 kata, bahasa arab memiliki banyak makna.

Contoh: Sebuah gender, dalam suatu daerah boleh bermakna lelaki, tapi dalam daerah lain boleh bermakna perempuan.

Dalam bahasa Arab, dhamir 'NAHNU' ialah dalam bentuk jamak yang bererti kita atau kami. Tapi dalam ilmu ‘NAHU’, maknanya tak cuma kami, tapi aku, saya dan lainnya.

Terkadang kita sering terjebak dengan pertanyaan macam ini. Pertanyaan boleh bermula dari tidak tahu, namun banyak pulak para kufar yg berusaha untuk membodohi umat Islam yang ramai tak faham dengan bahasa arab. Pertanyaan seperti ini sering dijadikan senjata melawan umat Islam yang sikit ilmunya.

Tapi bagi mereka yang faham bahasa Arab sebagai bahasa yang kaya dengan makna dan kandungan seni serta balaghah dan fashohahnya, Pertanyaan ini macam lucu dan jenaka.

Bagaimana mungkin aqidah Islam yang sangat logik dan kuat itu mau ditumbangkan cuma dengan bekal logik bahasa yang setengah-setengah.

JIKA MEMANG Jika memang “KAMI” dalam Qur’an diertikan sebagai lebih dari 1, lalu mengapa orang arab yg jauh lagi faham akan bahasa arab tidak menyembah lebih dari 1 ALLAH?

Dalam ilmu bahasa arab, penggunaan banyak istilah dan kata itu tidak selalu bermakna zahir dan apa adanya. Sedangkan Al-Quran adalah kitab yang penuh dengan muatan nilai sastera tingkat tinggi.

Selain kata 'Nahnu", ada juga kata 'antum' yang sering digunakan untuk menyapa lawan bicara meski hanya satu orang. Padahal makna `antum` adalah kalian (jamak).

Secara rasa bahasa, bila kita menyapa lawan bicara kita dengan panggilan 'antum', maka ada kesan sopan dan ramah serta penghormatan ketimbang menggunakan sapaan 'anta'.

Kata 'Nahnu` tidak harus bermakna erti banyak, tetapi menunjukkan keagungan Allah SWT. Ini dipelajari dalam ilmu balaghah.

Contoh: Dalam bahasa kita ada juga penggunaan kata "Kami" tapi bermakna tunggal. Misalnya seorang Guru Besar Sekolah dalam pidato sambutan berkata,"Kami sebagai wakil sekolah berpesan . . . ".

Padahal guru besar hanya dia seorang dan tidak beramai-ramai, tapi dia menggunakan "Kami". Lalu apakah kalimat itu bermakna jika guru besar sebenarnya ada banyak atau hanya satu ?

Kata kami dalam hal ini digunakan sebagai sebuah rasa bahasa dengan tujuan nilai kesopanan. Tapi rasa bahasa ini mungkin tidak biasa diserap oleh orang asing yang tidak mengerti rasa bahasa. Atau mungkin juga karena di barat tidak lazim digunakan kata-kata seperti itu.

Kalau rakan diskusi kita yang christian itu tak boleh faham rasa bahasa ini, harap maklum saja, kerana alkitab bible mereka memang telah kehilangan rasa bahasa. Bahkan bukan hanya kehilangan rasa bahasa, tapi pun kehilangan kesucian sebuah kitab suci.

Seperti yg sudah diketahui ramai orang, alkitab christian merupakan terjemahan dari terjemahan yang telah diterjemahkan dari terjemahan sebelumnya.

Ada sekian ribu versi bible yang antara satu dan lainnya bukan sekedar tidak sama tapi juga bertolak belakang. Jadi wajar bila alkitab christian mereka itu tidak punya balaghoh, logika, rasa dan gaya bahasa. Dia adalah tulisan karya manusia yang kering dari nilai sakral.

Di dalam Al-Quran ada penggunaan yang kalau kita pahami secara harfiyah akan berbeza dengan kenyataannya. Misalnya penggunaan kata 'ummat'. Biasanya kita memahami bahwa makna ummat adalah kumpulan dari orang-orang. Minimal menunjukkan sesuatu yang banyak. Namun Al-Quran ketika menyebut Nabi Ibrahim yang saat itu hanya sendiri saja, tetap disebut dengan ummat.

Sesungguhnya Ibrahim adalah “UMMATAN” yang dapat dijadikan teladan lagi patuh kepada Allah dan hanif . Dan sekali-kali bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan. (QS. An-Nahl : 120)

Sahabat sekalian jika ada orang kufar berani mengganggu iman Islam, maka katakanlah yg HAQ itu HAQ & katakan pulak yg BATHIL itu BATHIL. Sampaikanlah dengan hikmah & cara yg baik.

Qs. 29 Ankabuut: 46. Dan janganlah kamu berdebat denganAhli Kitab, melainkan dengan cara yang paling baik, kecuali dengan orang-orang zalim di antara mereka…