Thursday, December 27, 2012

                          ~Air Mata~




Mengalirlah disaat kau tak mampu untuk menahan sesak didada..
Mengalir kerna kau terlalu lemah dalam setiap ujian Nya..
Kau teman setiaku yang sering menemani hari-hari ku yang duka dan suram..
Mengapa kau tak henti dari terus mengalir dari tubir mataku..
Mengapa kau mudah mengalir seperti titisan embun pagi..

Jika kau menangis..Maka menangislah semahu-mahu mu..
Kerna aku adalah pengubat luka dihatimu..
Aku akan sentiasa menemani mu tak kira bahagia dan duka..
Kerna kau diciptakan dengan penuh keistimewaan yang
Bidadari jugak cemburukan dirimu..Tabahkan hatiku
wahai teman ku..Jika aku mengalir maka tenanglah hati
mu yang gunda.





Ya Allah aku tak tahu mengapa aku sering menangis
Seperti anak kecil yang mudah mengalirkan air mata..
Ya Allah aku tak tahu mengapa air mata ku tak henti
mengalir bila ku menghadapMu dan bersujud PadaMu

Setiap detik dalam sujudku..Ku impikan solatku
ditemani mereka insan yang dekat dihatiku..
Bila saat itu akan ku rasai nikmatnya..
Aku tak mampu untuk bersuara dan meluah..
Biarkan air mata berbicara..
~Teman Sejati Yang Sering Ku Nanti~

Sejak Zaman sekolah lagi aku sering menanti teman untuk berkongsi luhan rasa,hmm  siapalah diri ini untuk mengimpikan teman sebegitu..Zaman sekolah kawan saje yang belambak tapi teman sejati sukar untuk ku temui..Bila senang banyak saje yang lekat tapi bila susah batang hidung pun tak nampak..
  
Alhamdulilah Sekarang baru ku temui teman dalam erti kata lain sahabat..Ya Allah Bahagia nya rasa bila jumpa sahabat macam nie..Aku ingat lagi perkenalan kami,Mula-mula aku kenal akak dia dulu..Subhan'Allah cantik nya muslimah nie..aku betul-betul tertarik dengan cara pemakaian nya..Ayu,sedap mata memandang,''Err dik mana buku yang akak anta tue''Muslimah tue bertanya ramah..Err nie bukunya semuanya harga 13.90 termasuk cover sekali ye..Kataku sambil tersenyum ramah..Owh terima kasih dik'',Aku tergamam dengan tingkah laku serta pertuturan nya..Ya Allah Comelnya suara dia..hehe..semua nya tertutup rapi,hanya terdedah tapak tangan dan mukanya saje..

  Keesokan hari nya,Diasak perasaan penuh minat dan ingin tahu siapakah muslimah itu dan ingin ku dekati nya..Namun perasaan malu menyebabkan aku malu untuk bertegur sapa apalagi untuk mendekatinya..Siapalah diri ini yang tak terasa begitu hina dipandangan..

  Ku simpan hasrat dihati dan berharap diri ini sudi untuk diterima..huhu ''Cantinya akak nie''.Aku menyapa nya dalam hati Ya Allah malu nya..Sambil tersenyum sambil berkata''Adik yang cantik tue datang dari Allah S.W.T.Ya Allah malunya dengan teguran muslimah tersebut ku sembunyikan wajah menahan malu..

Friday, December 14, 2012



                  "Hipokritkah Aku?"



Hari-hari yang ku lalui kian suram..sesuram hatiku..Hipokrit kah aku?? Aku bahagia di hadapan semua orang .Namun hakikatnya dihati tersimpan seribu duka,Aku bergelak ketawa disamping mereka,menghiburkan.Juga menjadi penyeri hidup mereka yang selalu disisi..‘’Akak tengok adik nie hapy je macam takda masalah,Tapi akak tau kamu sebenarnya ada masalah tapi kamu sembunyikan betul tak?Aku terkejut dengan teguran itu,tak sangka dia boleh membaca gusar dihatiku.. ‘’Mana ada akak nie merapu jelah..tengok muka saya yang comel nie ada masalah ke,akak nie macam nujum mak belalang jelah boleh tilik hati orang..hehe’’Aku berjenaka untuk mengelak hati dan meyakin kan dia agar aku sentiasa bahagia..

‘’Adik nie akak betul-betul dia buat lawak pulak,mungkin orang lain boleh tertipu tapi bukan akak,mata adik tak mampu nak menipu,akak selalu perhatikan adik sejak kita mula kenal lagi..mula-mula akak rasa gembira dapat jumpa seorang yang periang macam kamu nie..orang yang baru kenal pun boleh jadi kenal dengan sikap kamu yang peramah dan periang tue..Tapi sekarang adik dah jauh berbeza dah tak macam dulu dah..senyuman adik dah tak seceria dulu..Mana pergi nya gadis yang perasan dirinya puteri salju tue..yang manja kelakar dan sentiasa menghiurkan hati semua orang..

Aku tundukan wajah,menyembunyikan mata yang tersimpan seribu duka dan luka,tak ku mampu menatap wajah insan yang menagih jawapan, ‘’Akak tak semua perlu kita ceritakan,Biarkanlah ia trsimpan dalam hati 


 




                           ::Karya::

                 
                           Biar mimpi menjadi nyata
                         Biar ilusi mencacah minda 
                       Biar fantasi mencariarah 
                     Biar hayalan mengisi resah
                   Namun menyerah akan ku sanggah 


 
                                
Tidak sekali akan aku mengalah
Walau beribu halangan menyapa
Selagi retak tidak terbelah
Selagi rindu berombak di dada
Akan aku teruskan berkarya
Membelai seloka dan madah bicara
Kerana akulah pujangga setia di alam maya....
 
          ~Inielah aku seadanya (1)

  

Assalammualaikum..

Kisah hidupku taklah seindah mana..Bak kata orang kehidupan tak selalu bahagia pasti ada ujian dan juga dugaan..Yup! itulah hidupku..Aku anak kedua dalam 11 orang adik-beradik,Aku tak pasti apa kah tindakan ku dulu adalah salah atau betul..Mungkin orang akan cakap buang duit mak bapak betul..Mak bapak penat-penat berhabis duit sebab nak tengok anak dia berjaya dia pulak sia-siakan..Ahh!! korang tak tau apa yang aku rasa..Aku tahu tindakan aku nie salah dan bodoh..Tapi sakit nya menahan apa yang aku pendam selama nie hanya Allah swt saje yang tahu..Aku yang melihat penderitaan dan pengorbanan mereka..Aku dah tak sangup untuk melihatnya lagi..Dan aku mengalah untuk tidak sambung belajar dan menggantikan tempat mereka untuk menyara keluarga..

Aku mula bekerja di kilang keropok tempat sepupu aku,kilang kecil saje pekerja pun hanya dua orang..Gaji taklah banyak Alhamdulilah sekurang-kurangnya dapat jugak tolong mak ayah aku..Tapi tak lama hanya dua bulan jak,pastu aku berenti mana tak nya balik je mesti penat,Dan baru aku sedar yang mencari duit bukan nya mudah..Dalam tak sedar air mataku mengalir deras..Ya Allah aku baru kerja sikit dah penat,tak terfikir kah aku yang bapak aku berhempas pulas mencari rezeki untuk anak-anak nya,langsung tak merungut mala saban hari bagi nasihat pada adik-adik supaya rajin belajar..

   Aku berazam untuk membantu keluargaku..Alhamdulilah ada peluang kerja..Keesokan paginya aku bersiap untuk pergi temu duga pekerjaan dikedai buku..Dalam perjalanan tak henti mulut ku terkumat kamit berberzikir agar di permudahkan segalanya..‘Amoi sebelum nie ada pengalaman kerja?(Tanya pemilik kedai).‘Err ada!saya sebelum nie berkerja di kilang keropok’Aku menjawab dengan penuh semangat..dalam hati tak henti berzikir..‘owh,ok bagi Ic kamu,err bila kamu mahu mula kerja?(Tanya pemilik kedai tanda aku diterima kerja) ‘Alhamdulilah’dan tanpa segan silu aku meraup wajah ku tanda kesyukuran.‘’Terima kasih miss err sekarang pun boleh miss sebab saya takda kawan nak balik.

. 
Add caption
   

          "Kau insan teristimewa''


Tersentuh hatiku bila melihat insan yang teristimewa ini..
Rasa kerdil nya diriku yang punya semua nikmat Nya.
Namun masih tak ku mensyukuri..Tetapi dia masih
tersenyum bahagia walau tak sempurna..

Aku bertanya padanya''Adik akak nak tanya kalau ada yang sudi nak dermakan organ pada adik nak tak?.
Anak kecil itu menjawab dan membuat aku terpanah dengan kata-kata nya..''Akak saya dah dilahirkan macam nie pun saya bersyukur sangat-sangat emm Allah swt dah ciptakan saya macam nie,inilah diri saya..Buat apa saya nak ambil hak orang lain..''Tapi adik orang tue dah takda kat dunia nie lagi dan dia sudi dermahkan mata dia pada adik.aku cuba bermain kata dengan nya..''walau pun dia sudi tapi saya tak mahu ambil hak orang lain.Saya tak redha jika ini dah disuratkan untuk saya..
''kenapa adik tak nak pulak?aku tertanya- tanya..
''Sebab bila saya dah boleh nampak dunia nie saya akan lupa diri dan tak bersyukur dengan apa yang saya ada..Kata anak kecil itu sambil tersenyum..

Saturday, December 8, 2012

              * Cerita tentang hidupku*



   Bila aku dah ada pekerjaaan,aku ingat orang dah berhenti merendah-rendah dan menghina aku,tak sangka bila aku mula bekerja semakin banyak tomahan dan dugaan yang datang pada ku,''Kalau kerja tue kerja betul-betul jangan nak melencong ke lain pulak,tuelah orang suruh belajar elok-elok kau degil ahh sekarang tengok diri kau tue''sindiran mak sungguh meruntumkan hatiku.

   Hati siapa yang tak remuk dan terluka bila keluarga sendiri yang merendahkan dan melemahkan semangat ku untuk berusaha,''Mak tak tau apa yang aku rasa dan apa yang dah lama terpendam dalam hatiku,mungkin inilah yang harus aku terima,dah ini jalan yang aku pilih demi kasih dan pengorbanan kamu yang melahirkan dan mendidik aku hingga aku menjadi seorang insan yang sentiasa ingat dan kenang jasa mu walau telah aku hancurkan harapan mereka'',Aku hanya memendam semua ini didalam sanubari.

   Cukuplah sudah aku membuat mak dan ayah menderita demi membesarkan kami adik beradik,Aku tak sangup untuk melihat wajah duka itu,''sungguh aku tak sangup!!Biarlah aku pula yang berkorban dan melepaskan impian ku untuk sampai ke menara  gading'',Maafkan aku mak ayah izinkan aku menanggung segala susah payah untuk membesarkan dan menanggung semua pendidikan  mereka'',Aku tak kisah pada cacian  dan hinaan orang,diorang tak faham dan siapa pun takkan faham.''

    ''Korang tak faham mengapa aku buat semua nie,Bukan korang yang rasa sakit yan terpendam dalam hati aku dan menatap wajah duka itu setiap hari,korang tak kan pernah tau kesusahan hidup aku,Korang hanya tau mengata dan memandang hina pada kami sekuluarg''Ku hanya mampu menyimpan rasa tak tak puas hati tue dalam hati,Walau aku menjerit dan marah sekali pun mereka tak kan pernah berhenti dari terus menerus menyusahkan hidup kami dengan pandangan hina dan kata-kata yang menyakitkan hati.

   Perjalanan hidup menggajar aku agar selalu tabah walau pun aku sering menangis,yah! aku menangis kerana aku terlalu lemah untuk ujian yang sungguh menguji hati dan iman ku,Aku takut aku tak mampu bertahan lagi dengan dugaan yang tak sudah-sudah datang padaku..Sungguh tak ku pinta ini terjadi dalam hidupku,Namun andai ini suratan yang sudah tertulis dalam hidup ku,Aku pasrah dan terima semua nie dengan hati yang tak henti-henti memohon kekuatan padaMu YA Allah,tabahkan hati dan kuatkan imanku agar sentiasa tabah dan terus bersabar menenpuh ujian ini..Aamiiin ya rabbi..

  Apa lagi mampu aku lakukan jika ia sudah tersurat buatku..





  


                        "Nota Hidup ku"






      Aku Mengisi masa lapang dengan menulis..Inilah hobi aku sejak dari zaman sekolah rendah lagi,Aku masih ingat lagi kata-kata guru kelas ku,"cikgu tak sangka kamu ada bakat menulis dan cikgu harap kamu gunakanlah keistimewaan yang ada pada kamu"sambil cikgu mengusap lembut kepala ku..

   Selama ini aku salalu merasa rendah diri kerana abang aku bijak dan menjadi perhatian ramai,tapi tidak pada aku..Kadang aku selalu luahkan rasa tak puas hati tue dalam penulissan..Diriku sering dibandingkan dengan adik beradik yang lain.."aku tahu aku tak setanding mereka dan aku jugak tak layak sedar kekurangan diriku"sambil tangan ku penyapu air mata yang deras mengalir..

Friday, December 7, 2012




Dah minat menulis,Lantak jelah nak tulis apa,orang cakap sikit-sikit lama-lama jadi 
bukit..huhu..Kalau dah banyak dah boleh buat novel nie..wahaha.perasaan tak 
habis-habis kerja aku nie >_<