Friday, December 14, 2012

          ~Inielah aku seadanya (1)

  

Assalammualaikum..

Kisah hidupku taklah seindah mana..Bak kata orang kehidupan tak selalu bahagia pasti ada ujian dan juga dugaan..Yup! itulah hidupku..Aku anak kedua dalam 11 orang adik-beradik,Aku tak pasti apa kah tindakan ku dulu adalah salah atau betul..Mungkin orang akan cakap buang duit mak bapak betul..Mak bapak penat-penat berhabis duit sebab nak tengok anak dia berjaya dia pulak sia-siakan..Ahh!! korang tak tau apa yang aku rasa..Aku tahu tindakan aku nie salah dan bodoh..Tapi sakit nya menahan apa yang aku pendam selama nie hanya Allah swt saje yang tahu..Aku yang melihat penderitaan dan pengorbanan mereka..Aku dah tak sangup untuk melihatnya lagi..Dan aku mengalah untuk tidak sambung belajar dan menggantikan tempat mereka untuk menyara keluarga..

Aku mula bekerja di kilang keropok tempat sepupu aku,kilang kecil saje pekerja pun hanya dua orang..Gaji taklah banyak Alhamdulilah sekurang-kurangnya dapat jugak tolong mak ayah aku..Tapi tak lama hanya dua bulan jak,pastu aku berenti mana tak nya balik je mesti penat,Dan baru aku sedar yang mencari duit bukan nya mudah..Dalam tak sedar air mataku mengalir deras..Ya Allah aku baru kerja sikit dah penat,tak terfikir kah aku yang bapak aku berhempas pulas mencari rezeki untuk anak-anak nya,langsung tak merungut mala saban hari bagi nasihat pada adik-adik supaya rajin belajar..

   Aku berazam untuk membantu keluargaku..Alhamdulilah ada peluang kerja..Keesokan paginya aku bersiap untuk pergi temu duga pekerjaan dikedai buku..Dalam perjalanan tak henti mulut ku terkumat kamit berberzikir agar di permudahkan segalanya..‘Amoi sebelum nie ada pengalaman kerja?(Tanya pemilik kedai).‘Err ada!saya sebelum nie berkerja di kilang keropok’Aku menjawab dengan penuh semangat..dalam hati tak henti berzikir..‘owh,ok bagi Ic kamu,err bila kamu mahu mula kerja?(Tanya pemilik kedai tanda aku diterima kerja) ‘Alhamdulilah’dan tanpa segan silu aku meraup wajah ku tanda kesyukuran.‘’Terima kasih miss err sekarang pun boleh miss sebab saya takda kawan nak balik.

. 
Add caption
   

No comments:

Post a Comment