Friday, December 14, 2012

          "Kau insan teristimewa''


Tersentuh hatiku bila melihat insan yang teristimewa ini..
Rasa kerdil nya diriku yang punya semua nikmat Nya.
Namun masih tak ku mensyukuri..Tetapi dia masih
tersenyum bahagia walau tak sempurna..

Aku bertanya padanya''Adik akak nak tanya kalau ada yang sudi nak dermakan organ pada adik nak tak?.
Anak kecil itu menjawab dan membuat aku terpanah dengan kata-kata nya..''Akak saya dah dilahirkan macam nie pun saya bersyukur sangat-sangat emm Allah swt dah ciptakan saya macam nie,inilah diri saya..Buat apa saya nak ambil hak orang lain..''Tapi adik orang tue dah takda kat dunia nie lagi dan dia sudi dermahkan mata dia pada adik.aku cuba bermain kata dengan nya..''walau pun dia sudi tapi saya tak mahu ambil hak orang lain.Saya tak redha jika ini dah disuratkan untuk saya..
''kenapa adik tak nak pulak?aku tertanya- tanya..
''Sebab bila saya dah boleh nampak dunia nie saya akan lupa diri dan tak bersyukur dengan apa yang saya ada..Kata anak kecil itu sambil tersenyum..

No comments:

Post a Comment