Thursday, January 31, 2013


Tiada Lain Melainkan-Mu

 Ya Allah
Aku meminta kepada-Mu
Kerana aku hamba-Mu
Dan kerana aku hanya ada diri-Mu
Aku tiada tempat bergantung
Melainkan hanya kepada-Mu
Tiada lagi tempat kuserahkan urusanku
Melainkan hanya kepada-Mu
Aku jatuh
Hanya pada-Mu ku berpaut
Aku kecewa
Hanya pada-Mu kupunya harap


Ya Allah
Jadikan aku redha untuk segala-galanya
Yang aku pinta tapi tidakku perlu
Yang aku harap tapi tidakku hendak
Dengan yang sebenar-benarnya
Kerana aku tahu
Apa yang dari-Mu itulah yang indah
Yang pahit itulah ada kemanisan


Ya Allah
Untuk terus merasa ketenangan
Aku hanya mengharap sebuah kurnia
Berupa jiwa yang tabah
Tidakku persalahkan manusia lain
Atas apa yang aku tidak dapati
Tidak pula aku menyalahkan takdir-Mu Ya Ilahi
Kerana aku tahu
Setiap yang datang dari-Mu
Adalah baik untukku
Dan ia akan jadi indah
Bila tiba masa dan ketikanya


Ya Allah
Terima kasih untuk ujian yang bertandang
Kau berikan aku kekuatan demi kekuatan
Untuk terus melaluinya
Kerana aku belajar tentang sabar dan redha
Yang tidak aku dapati
Jika hanya menyelam di dasar indah sebuah kehidupan


Berikan aku jiwa yang utuh
Hati yang yakin dengan janji-Mu
Bahawa Engkau akan berikan cinta-Mu
Kepada orang yang mencintai-Mu
Dan akan menyatukan manusia-manusia yang saling mencintai kerana-Mu
Jadikan aku di antara mereka
Yang saling mencintai
Kerana-Mu


Allahumma ameen

Thursday, January 24, 2013

Izinkan Ku Melangkah Pergi~

   Mak ayah ku yang tercinta,
Maafkan diri ini yang sering menyakiti
Dan melukakan hatimu..

Mak ayah ku yang tersayang,
Betapa kejamnya aku  terhadapmu..
Tak terlintas sedikit pun dihati ini
menyakiti,melukai,dan menyinggung
perasaanmu.

Mak ayah ku dunia dan akhirat,
Andai aku terus disini,aku takut
hatimu akan terus terluka lagi,
sungguh aku takut..Betapa
Allah swt saja yang tahu
sebak dadaku menanggung
rasa bersalah ini..

Mak ayah..
Andai saja aku bisa membahagiakanmu
hal itulah hadiah terindah dalam hidupku
Andai nyawa ini bisa membalas kasih dan
pengorbananmu,dengan rela hati ku berikan..

Namun,aku sedar siapalah diri ini..
Yang mengharap pengertianmu.
setiap sujudku padaNya aku
tak pernah berhenti dari terus berdoa
agar Allah swt bukakan hatimu 

mak ayah..
Perit kata-kata yang kau lontarkan
sedikitpun tak ku menyimpan dendam
terhadapmu,sedikitpun tak membalasnya
Aku hanya  mampu menahan sebak danr
rasa terkilan didalam hati..Maafkan  ku 
mak ayah.Andai ku balas setiap kata-kata
mu aku takut aku akan melukakan hatimu
lagi..Cukup..Cukup aku tak mahu melihat
wajah duka itu lagi..

Mak ayah..
Andai saja kau tahu aku sering mengimpikan
Ayah adalah imamku,dan mak adalah teman
makmun ku dan diiringi adik-adik .
Dalam sabar aku menanti detik
bahagia itu..


 

Saturday, January 19, 2013



Sebulan telah berlalu namun khabar beritanya langsung tak ku dengari..‘Awak..kalau awak rindu kat saya awak mengadu pada Allah swt..sesungguh nya dia Maha mendengar’..saya pun akan buat perkara yang sama..ingat tau perjanjian kita..tak boleh berhubung dan jumpa selagi kita tak berubah..(Bait-bait bicara nya masih segar di ingatanku)..‘Ya Allah aku rindu kan dia,tolong jagakan dia untuk ku,macam mana keadaan nya sekarang adakah dia juga merindui ku seperti mana aku merindui nya,Aku beristifar berulang kali.(Aku menangis semahu-mahu nya di tikar sajadah,terlalu sukar ku bendung rindu dalam diri ini)
  
Anak nie ada masalah ke?(Aku menoleh ke arah datangnya suara itu)Err Tok imam,takda apa-apa Cuma..Cuma..saya tak mampu nak kawal perasaan saya..Tok’’ berdosa ke saya jika saya rindukan seseorang yang takda ikatan pada saya?(Aku bertanya soalan yang aku sendiri dah tau jawapan nya)Anak adalah berdosa jika kita merindukan seseorang yang takda pertalian darah pada kita,err boleh tok tau apa masalah kamu nie?(Tanya tok imam yang ingin meredahkn perasaanku)
(Aku memandang kosang wajah tok imam tak mampu ku tatap wajah nya yang ingin kan jawapan dariku) sebab dia saya dah banyak berubah,dulu saya tak macam nie,saya selalu abaikan tanggung jawab saya sebagai hambahnya,

‘Aku tak tau mengapa tiba-tiba dia memutuskan untuk bermain permainan ini,permainan yang mulanya terlalu sukar untuk ku turuti,Namun demi nya aku merelakan perpisahan yang aku tak pasti bila kami akan bertemu lagi’ (Aku tunduk menyembunyikan air mata yang deras mengalir)
Boleh tok tau siapa‘dia’ yang kamu maksudkan tue?soalan itu membuat aku tergamam untuk menjawab nya Errr Ummu Umairah seorang gadis yang tetap dengan pendirian nya,


 Jangan biarkan Ia menumpuh masa lalu
 Bila ada yang ingin berubah dan ingin kembali
Ke pangkal jalan bimbinglah ia kerna mereka sangat
Memerlukan kita disaat ia merasa dirinya terlalu hina
Hulurkan tangan mu.Bantulah dia apa yang termampu..
Jangan biarkan ia kembali ke masa lalu..Berikan ia
Semangat baru..Ingatlah wahai insan bukan mudah
Untuk ia berubah..Jangan menyalahkan nya cukupalah
Ia sedar akan kesilapan nya..Siapa dirimu untuk menghukum..
Apakah kita sedar kita juga pernah melakukan kesilapan tanpa tanpa
Kita sedari..


Tabahkan Hati ini


Duhai hati tabahlah walau kau sering disakiti..
Tetaplah bertahan walau perit nya luka ini..
Ya Allah sungguh perit ku rasa..
Hingga aku tak mampu untuk terus bertahanB
Betapa perit nya luka ini..
Ingin ku ubati dengan kasih dan sayang Mu..


Aku tahu setiap ujian Mu buatku..
Untuk menguji sejauh mana kuat nya
iman dan tabah,sabar nya hati ini..
Sungguh perit untuk ku tanggung..
Hanya PadaMu aku berserah
Dan redha atas nikmat yang indah ini..

Thursday, January 17, 2013


                              ~Kucing~


Kucing adalah suatu binatang yang sangat akrab dengan kehidupan manusia. Berperwatakan manja, makhluk Allah ini menjadi teman kepada manusia sejak dari dulu lagi. Banyak manfaatnya yang dilahirkan daripada kucing ini. Yang paling penting, manfaatnya ialah menyayanginya akan mendapat ganjaran pahala daripada 
Allah. Ini adalah kerana Rasulullah S.A.W menyayangi kucing. Jadi menyayangi kucing adalah amalan mengikut sunnah nabi dan segala amalan sunnah nabi akan diganjariNya.


Diceritakan dalam suatu kisah, Nabi Muhammad S.A.W memiliki seekor kucing yang diberi nama Mueeza. Suatu saat, dikala Nabi hendak mengambil jubahnya, ditemuinya Mueeza sedang terlelap tidur dengan santai diatas jubahnya. Tak ingin mengganggu haiwan kesayangannya itu, Nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya. Ketika Nabi kembali ke rumah, Muezza terbangun dan merunduk sujud kepada majikannya. Sebagai balasan, Nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengelus lembut ke badan kucing itu sebanyak 3 kali. Setiap kali Nabi menerima tetamu di rumahnya, Nabi selalu mengendong Mueeza dan diletakkan dipahanya. Salah satu sifat Mueeza yang Nabi sukai ialah ia selalu mengeong ketika mendengar azan dan seolah-olah suaranya terdengar seperti mengikuti lantunan suara azan.

Kepada para sahabatnya, Nabi berpesan untuk menyayangi kucing peliharaan seperti menyayangi keluarga sendiri. Hukuman bagi mereka yang menyakiti haiwan ini sangatlah serius. Dalam sebuah hadis sahih Al Bukhori, dikisahkan tentang seorang wanita yang tidak pernah memberi makan kucingnya, dan tidak pula melepas kucingnya untuk mencari makan sendiri, Nabi S.A.W pun menjelaskan bahawa hukuman bagi wanita ini adalah siksa neraka. Isteri Nabi sendiri, Aisyah Binti Abu Bakar pun amat menyukai kucing dan merasa amat kehilangan dikala ditinggal pergi oleh si kucing. Seorang sahabat yang juga ahli hadis, Abdurrahman Bin Sakhr Al Azdi diberi julukan Abu Hurairah (bapa para kucing jantan), kerana kegemarannya dalam merawat dan memelihara berbagai kucing jantan di rumahnya.

Nabi menegaskan dalam hadith baginda bahawa kucing ini adalah binatang tidak najis. Malah air bekas minuman kucing dibolehkan untuk berwudhuk. Hal ini dinyatakan dalam hadith baginda:

Diriwayatkan Ali bin Al-Hasan dan Anas menceritakan bahawa Nabi Saw pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu beliau berkata, “Ya Anas, tuangkan air wudhuk untukku ke dalam bekas”. Lalu Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana. Namun terdapat seekor kucing datang dan menjilati bekas air tersebut. Melihat kejadian itu, Nabi berhenti sehinggakan kucing tersebut berhenti minum lalu Rasulullah berwudhuk. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, malah tidak ada najis”.

Kabsyah binti Kab bin Malik menceritakan bahawa Abu Qatadah, mertua Kabsyah masuk ke rumahnya lalu ia menuangkan air untuk wudhuk. Pada masa itu datang seekor kucing yang ingin minum. Lantas ia menuangkan air di bekas untuk kucing itu minum. Kabsyah berkata, “Perhatikanlah”. Abu Qatadah berkata, “Apakah kamu hairan?” Kabsyah menjawab, “Ya”. Lalu Abu Qatadah berkata bahawa Nabi SAW pernah bersabda, Kucing itu tidak najis. Kucing binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang rumahan), (HR At-Tirmidzi, An-Nasai, Abu Dawud, dan Ibnu Majah).

Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa hambanya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu ia memberikan isyarat untuk menyimpannya. Sayangnya setelah Aisyah selesai mendirikan solat, ia lupa adanya bubur. Datanglah seekor kucing lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika Aisyah melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing dan Aisyah memakannya. Rasulullah Saw bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling”. Aisyah pernah melihat Rasulullah Saw berwudhuk dari sisa bekas jilatan kucing, (HR AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni).
Kisah Kecintaan Rasulullah Kepada Cucu-Cucunya

Rasulullah SAW sangat sayang pada cucu-cucunya. Terdapat banyak peristiwa yang menunjukkan betapa mendalamnya kasih baginda terhadap mereka.

Sewaktu Sayyidina Hassan dan Hussin masih kecil, apabila Rasulullah SAW sembahyang, baginda meletakkan mereka di sampingnya. Kedua-dua cucunya ini memperhatikan gerak gerik baginda dalam sembahyangnya. Bahkan, ketika baginda sujud, kedua-dua anak itu melompat ke belakang baginda. Maka ada seseorang yang mencoba melarang kanak-kanak itu, tapi baginda mengisyaratkan supaya dibiarkan saja kedua-dua cucunya bermain di belakangnya.

Jika Rasulullah SAW hendak mengerjakan sembahyang, maka baginda meletakkan Hasan dan Husain. Kemudian baginda bersabda:

“Sesiapa yang kasih kepadaku hendaklah ia kasih kepada yang dua ini (Hasan dan Husain).

Pada suatu hari Rasulullah SAW keluar bertemu dengan kaum muslimin, sedang bersamanya ada Hasan dan Husain. Seorang di bahu kanan dan yang seorang lagi di bahu kiri. Baginda mencium Hasan, kemudian mencium Husain pula.

Ketika Rasulullah SAW membawa Hasan dan Husain, tiba-tiba seorang lelaki bertanya kepada baginda, “Ya Rasulullah, apakah engkau sangat cinta kepada mereka berdua?” Baginda terus menjawab, “Sudah tentu. Sesiapa yang mengasihi kedua cucuku ini maka bererti telah mengasihi aku, dan sesiapa yang memarahinya bererti ia memarahi aku.”

Umar bin Khattab pernah menyaksikan Rasulullah SAW sedang mengendong Hasan dan Husain, seorang di bahu kanan dan yang seorang lagi di bahu kiri baginda. Maka Umar berkata kepada Hasan dan Husain, “Kuda yang paling baik ialah di bawah kamu (Rasulullah) .” Rasulullah melirik kepada cucunya lalu berkata, “Dan penunggang kuda yang paling mahir adalah kamu berdua.”

Di dalam rumahnya sendiri, Rasulullah SAW membawa Hasan dan Husain di atas belakangnya, kemudian baginda berjalan dengan tangan dan kaki sambil berkata: “Unta yang paling baik ialah unta kamu, dan sebaik-baik pasangan ialah kamu berdua.”

Pada suatu hari Rasulullah SAW diundang makan ke rumah seorang Sahabat. Ketika baginda dan para Sahabat berjalan menuju rumah orang yang mengundang makan itu, baginda melihat Husain sedang bermain-main dengan kanak-kanak di tengah jalan. Baginda ingin bergurau dengan Husain, maka baginda berjalan lebih laju sehingga baginda agak ke depan berbanding rombongannya. Apabila tiba dekat Husain, baginda membuka kedua-dua tangannya sambil mengisyaratkan supaya Husain melompat kepadanya. Lalu Husain melompat ke arah baginda dan beliau tertawa sambil mendakap serta mencium Husain sambil bersabda:

“Husain sebagian dari diriku, dan aku sebagian darinya. Allah mengasihi orang yang mengasihi Husain.”

Pernah berlaku, ketika para Sahabat duduk di sekeliling Rasulullah SAW ketika matahari hampir tenggelam, maka datang orang memberitahu baginda bahwa Hasan dan Husain telah hilang entah ke mana.

Mendengar yang demikian membuat Rasulullah takut lalu berkata kepada para Sahabat, “Bangkitlah kamu, pergi cari anakku!”

Kemudian baginda mengajak salah seorang di antara Sahabat ikut bersamanya. Rasulullah SAW menyeru semua Sahabat supaya sama-sama mencari Hasan dan Husain sebelum malam tiba, tapi tidak juga ditemui. Tiba di suatu tempat, melihat Hasan dan Husain berpelukan dan amat ketakutan karena di hadapan mereka ada seekor ular besar yang dari mulutnya keluar api.

Dengan pantas, Rasulullah SAW mengambil perhatian ular itu supaya beralih kepadanya. Tidak lama kemudian ular itu pergi ke celah-celah batu. Baginda terus mengambil Hasan dan Husain, memisahkan keduanya, lalu menyapu wajah keduanya. Sambil memeluk keduanya, Rasulullah SAW bersabda:

“Demi ayah dan ibuku, kamu berdua teramat mulia di sisi Allah.”

Sesudah itu barulah nafas Hasan dan Husain kembali seperti biasa. Kemudian baginda pun mengangkat keduanya, seorang ke bahu kanan dan seorang lagi ke bahu kirinya.

Pernah berlaku, Rasulullah sudah berdiri di atas mimbar, lalu baginda berkhutbah kepada umat Islam. Maka datanglah Husain ke dalam masjid sedangkan di lehernya ada perca kain yang ditarik dan dihulur-hulurkannya .

Husain pun berjalan di celah-celah jemaah Jumaat yang sedang duduk mendengar khutbah dari Rasulullah. Perca kain itu dihulur dan ditarik-tariknya. Tiba-tiba kaki Husain tersandung lalu jatuh dengan mukanya ke tanah.

Melihat itu, Rasulullah SAW meluru ke arah Husain. Apabila orang lain melihat baginda datang, maka mereka cepat mengambil Husain dan memberikannya kepada baginda. Husain diciumi Rasulullah sambil mengucapkan:

“Semoga Allah membunuh syaitan, dan sesungguhnya anak adalah fitnah.”

Ketika itulah baginda memandang kepada sidang jemaah sambil meminta maaf. Baginda berkata, “Demi Allah, aku tidak sedar telah turun dari mimbar hinggalah aku mendatanginya (Husain).”

Pernah Rasulullah SAW masuk ke rumah puterinya Fatimah bertujuan untuk berziarah dan memberi ketenangan jiwa kepadanya, lalu baginda bertanya tentang keadaan dirinya dan rumah tangganya. Baginda juga bertanya tentang suami dan anak-anaknya.

Rasulullah berkata kepada Fatimah, “Suruhlah suami dan anak-anakmu datang ke mari.” Lalu Fatimah memanggil mereka semua, maka mereka pun datang sambil memberi salam kepada Rasulullah dan menyambut kedatangan baginda dengan gembira. Dalam kesempatan itu Rasulullah bergurau senda dan beramah mesra dengan mereka.

Setelah suasana telah tenang maka baginda menyuruh mereka duduk di hadapannya lalu baginda berdoa untuk mereka:

“Ya Allah, mereka ini adalah keluarga Muhammad. Berikan rahmat dan keberkatan-Mu kepada mereka sebagaimana telah Engkau berikan kepada keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Mulia. Ya Allah, inilah keluargaku, hilangkanlah dari mereka kekotoran dan bersihkan mereka dengan kesucian. Ya Allah, redhailah mereka sebagaimana aku redha kepada mereka.”

“Tetaplah kamu dalam rumahmu dan janganlah kamu berhias seperti dandanan perempuan jahiliyah yang dahulu, dan dirikanlah sembahyang dan bayarkanlah zakat, dan ikutlah Allah dan Rasul-Nya. Allah hanya mengkehendaki, supaya Dia menghilangkan kekotoran (dosa) daripadamu, hai ahlul bait dan supaya Dia membersihkan kamu dengan sebersih-bersihnya.” QS Al Ahzab: 33

Wallahua'lam.

اللهُÙ…َّ صَÙ„ِّ عَÙ„َÙ‰ٰ سَÙŠِّدِÙ†َا Ù…ُØ­َÙ…َّدٍ ÙˆَعَÙ„َÙ‰ٰ اٰÙ„ِ سَÙŠِّدِÙ†َا Ù…ُØ­َÙ…َّد
Jalan Kembali

Part 1

Aku tersedar dari lena yang panjang..Namun bila mata cuba ku buka hanya kegelapan yang ku lihat..Aku rasa ada sesuatu yang menghalang pengelihatan ku..Tangan ku meraba-raba benda yang menghalang pengelihatanku..Apa benda yang nya nie? Aku berkata-kata dalam hati..Sambil cuba membuka benda penghalang itu,aku mendengar derap kaki berlari ke arah ku..Pelik apa yang dah jadi sebenarnya..rasa takut mula menghantui ku..

“Adik banyak-banyak bersabar ye,jangan takut kami semua ada disisi adik’ Kedengaran suara seseorang yang tak ku kenali..Dalam gugup aku bertanya “apa yang dah jadi nie?saya dekat mana?mak ayah saya mana?’bermacam-macam soalan yang ku utarakan oleh kerana rasa takut yang menghantui diriku..

Adik sekarang berada di hospital,Alhamdulilah baguslah adik dah sedar,pihak hospital dah menghubungi keluarga adik,tak lama lagi diorang sampailah..kata suara itu menjelaskan ke buntuhan yang bersarang dikepalaku..Errr macam mana saya boleh ada kat sini?apa yang dah jadi sebenarnya?kataku dalam kekeliruan ‘Adik tak ingat apa yang terjadi?kata suara itu’Aku mula berang dengan soalan yang buat aku rasa menyampah “Kalau aku tau takkan lah aku tanya lagi soalan nie!!.Err sebenarnya macam nie,adik terlibat dalam kemalangan jalan raya..Dan adik koma selama dua hari..kata suara itu menjelaskan keadaaan yang sebenarnya..

Aku cuba untuk mengingati kejadian itu namun hampah satu pun aku tak ingat..Angah!!! aku mencari-cari gerangan suara itu,hanya kegelapan yang ku lihat..Alhamdulilah angah dah sedar syukur Ya Allah..Syukur Alhamdulilah suara itu megucap syukur dan menangis teresak-esak itu amat ku kenali..Ya Allah itu suara mak!! Mak angah ke tue?aku cuba bertanya untuk memastiakn adakah benar dia ibu ku..Ye sayang nie mak.,nie mak angah..ibu menjawab soalan ku dengan nada yang sayu dan meruntum perasaan ku..Mak angah tak nampak mak..kenapa mata angah kena balut nie mak?suruh lah doktor buka balutan nie angah takut lah mak gelap sangat''..aku merengek seperti anak kecil yang kehausan..

“Doktor bukalah balutan mata anak saya nie.dia dah sedarkan.Aku hanya mendengar bait-bait perbualan mereka..Dan tanpa sedar aku menjerit semahu-mahunya..Tak..tak..tak..tak mungkin aku tak percaya semua nie menimpa diriku..Kata-kata pujukan ibu sudah tidak ku dengari lagi..Aku benar-benar tak percaya inilah kesudahan nasib diriku..“Angah sabar ye..Insya Allah mata angah mesti boleh sembuh.Angah kena yakin yang semua sakit nie mesti ada penawarnya..Angah sabar ye’Aku tahu ibu hanya cuba menceriakan hati ku..walhal hakikat nya aku cacat penglihatan dan sampai bila pun takkan sembuh..Aku terkedu dan tak mampu berkata-kata lagi..untuk apa aku meraung dan menjerit aku tetap takan bisa melihat sampai menangis dara sekalipun.
.
Ibu memeluk erat tubuhku dan membisikan kata-kata semangat padaku..Aku hanya mampu membalas erat pelukan ibuku dan tak mampu untuk bersuara lagi..Ya Allah ini kah balasan yang harus ku terima atas dosa ku padamMu..Hati ku merintih,aku hanya mampu menangis dalam hati dan sakit nya hanya Dia yang Maha mengetehui..Aku dibenarkan pulang kerana keadaan ku sudah benar-benar sembuh..benar kah aku sudah sembuh sedang mata ku tak mampu disembuhkan lagi..

Wednesday, January 16, 2013


Wahai Calon Jodohku ... Khas Buat Awak..
Bila kamu jatuh cinta
Dan Allah menautkan hatimu untukku
Ku sambut hatimu dengan terbuka
inilah aku!
Seorang yang biasa
Tidak begitu istimewa
Maka….
Jika kamu ridha padaku
Terimalah aku apa adanya


Wahai Calon Jodohku ...
Bila suatu saat 
Engkau menemukan aku dengan 
segala kelebihan dan kekuranganku
Semoga…..
Tidak membuatmu berubah padaku
Mengurangi perhatianmu
Mengurangi cinta dan sayangmu
Bila kamu ridha padaku
Maka….
Terimalah aku apa adanya

Wahai Calon Jodohku ...
Bila Allah telah memilihku untukmu
Dan memilihmu untukku
Semoga….
Kita bisa memadukan hati dan perasaan kita
Semata-mata kerana-Nya
Saling mengingatkan
Saling mengnyayangi
Saling memberi kekuatan
Demi terwujudnya mahligai cinta yang sakinah,mawadah,warahmah
Dan jika kau temukan ketidak mampuanku
Atas keilmuan yang sedikit
Maka….
Terimalah aku apa adanya
Marilah kita sama-sama belajar tentangnya
  


Wahai Calon Jodohku ...
Bila Engkau telah ridha padaku
Semoga Allah pun ridha padamu
Oleh kerana-Nya
Semoga kita tidak akan lalai untuk  selalu bersyukur

Wahai Calon Jodohku ...
Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu
Bila kau hilangkan agama pada dirimu
Maka…..
Hilanglah cintaku padamu

Wahai Calon Jodohku ...
Inilah aku!
Inilah kekuranganku!
Inilah kelebihanku!
Inilah aku yang tak sempurna
Maka….
Terimalah aku apa adanya....
~10 GOLONGAN YANG TIDA MENDAPAT SYAFAAT NABI MUHAMMAD SAW~

GOLONGAN YANG DERHAKA
1) Golongan Yang Kufur Kepada Allah a)Kufur Nikmat
• Manusia yang kufur nikmat adalah manusia yang tidak mengenali Zat Yang Maha Mulia, Maha Bijaksana, Maha Mengetahui, Maha Pencipta, dan Maha Pentadbir. Mereka akan berada di dalam kegelapan dan kejahilan sehingga akhir hayat mereka. Kekufuran juga merupakan kezaliman yang paling besar dan jahat
b) Golongan Yang Menzalimi Diri Sendiri.•
Golongan ini menggunakan anggota – anggota tubuh badan mereka dengan cara yang tidak sesuai dengan fitrah yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T dengan melakukan perbuatan – perbuatan yang dilarang oleh Allah S.W.T.
c)Golongan Ingkar.•
Golongan ingkar ini merupakan manusia yang melengah – lengahkan hak – hak dirinya terhadap Allah S.W.T demi mengejar kepentingan diri mereka sendiri d) Golongan Yang Tidak Menunaikan Hak Ibu Bapa.•
Golongan ini tidak menunaikan tanggungjawab mereka sebagai anak terhadap kedua – dua ibu bapa mereka. Hak kepada ibu bapa merupakan hak paling besar bagi manusia di dunia ini.
e) Golongan Yang Membangkang Terhadap Perintah Allah.•
Golongan ini adalah mereka yang tidak beriman kepada Allah S.W.T, enggan mengaku Illahiyah-Nya dan Rabbaniyah-Nya dan membangkang titah perintah-Nya.
f) Golongan Yang Tidak Mengenal Allah.•
Golongan ini tidak akan mendapat ilmu yang benar dan akal mereka akan melalui jalan – jalan yang susah dan berliku dalam segenap bidang kehidupan.

GOLONGAN YANG DI DALAM HATINYA ADA PENYAKIT.
1) Mensyirikkan Allah S.W.T.•
Penyakit hati ini berpunca daripada kesombongan manusia yang enggan mengakui kebesaran dan kemuliaan Allah S.W.T.
2) Melakukan Amalan Yang Berdosa.•
Golongan ini gemar melakukan perbuatan yang dilarang oleh Allah S.W.T.
3) Lalai TerhadapTugas•
Golongan ini lalai terhadap tugas yang dipertanggungjawabkan Allah S.W.T kepada hamba yang muslim.
4) Meninggalkan keputusan Allah S.W.T dalam kehidupan.•
Golongan ini menganggap segala ketentuan dan ketetapan Allah S.W.T dipandang tidak baik dan tidak diredhai oleh manusia. Mereka merasakan keputusan Allah S.W.T menjatuhkan maruah mereka.
5) Menghina orang yang dimuliakan Allah S.W.T.•
Golongan ini gemar menghina dan memandang kecil orang yang dikasihi dan disokong oleh Allah S.W.T.
6) Tidak merujuk kepada Allah S.W.T.•
Golongan ini tidak merujuk kepada Allah S.W.T segala permasalahan mereka sebaliknya mereka mengambil rujukan yang lain.
7) Mencurigai, syak dan sangsi kepada janji – janji Allah S.W.T.•
Golongan ini curiga, syak, dan sangsi kepada janji – janji dan ingatan – ingatan Allah S.W.T seperti sangsi dan curiga terhadap jaminan syurga oleh Allah S.W.T terhadap orang yang beriman.

GOLONGAN YANG MEMBENCI ISLAM
1) Kerana Islam Bertentangan Dengan Jahilliyah.• Faktor terbesar yang menyebabkan islam dimusuhi iaitu factor akidah islam yang berlawanan dengan jahilliyah atau kufur. Islam mengajak kepada akidah yang sohih serta reality hidup yang Salimah, Syamilah, dan Kamilah yang mana bertentangan dengan kekufuran.
2) Kerana Islam Memerintahkan Keadilan.• Berlaku adil adalah salah satu perkara yang amat dituntut di dalam islam. Golongan yang gemar melakukan keburukan menganggap sifat adil ini menyushakan diri mereka kerana menghalang mereka untuk mendapatkan ape yang mereka inginkan.

GOLONGAN YANG HANYA MEMIKIRKAN DUNIA.
1) Hanya Untuk Hidup Semata – Mata.•Golongan ini hidup hanya untuk dunia semata – mata. Mereka dinamakan golongan Ad-Dahriyyan.
2) Hilang Pedoman.•
Golongan Ini telah hilang pedoman, terumbang – ambing, aqidah bersimpang – siur, melakukan sesuatu dan menyimpang dari jalan Allah S.W.T dalam kehidupan duniawi. Namun mereka masih menyangka mereka membuat kebaikan. Mereka berfahaman kebendaan walaupun kaangkala mereka melakukan kerja berbentuk kerohanian.

GOLONGAN YANG MEREMEHKAN ISLAM
1) Islam Dianggap Menghambat Kemajuan.•
Golongan ini menganggap undang – undang islam tidak lojik dan ketingalan zaman. Mereka menuntut undang – undang tertentu untuk menyelesaikan masalah yang timbul daripada pelaksanaan undang – undang yang lain.
2) Islam Dianggap Menyusahkan.•
Golongan ini melihat pada cara Nabi Muhammad S.A.W menyampaikan dakwah dan dianggap sebagai menyusahkan kerana bagi mereka terdapat cara yang lain yang lebih senang. Mereka sebenarnya tidak meyakini bahawa setiap tindakan baginda besabit dengan konsep Dakwah Islamiyyah dan cara penyampaian dakwah baginda adalah bimbingan wahyu Allah S.W.T.

GOLONGAN YANG MENGABAIKAN AKHLAK MULIA.
Golongan ini gemar melakukan perilaku – perilaku yang buruk dan bertentangan dengan apa yang dituntut oleh Allah SWT Mereka dikuasai oleh tingkah laku buruk dan menyebabkan hidup mereka porak peranda dan kacau bilau. Kejayaan sesebuah masyarakat bermula daripada pembinaan sistem nilai yang kukuh yang dipengaruhi unsur – unsur kebaikan yang terpancar daripada akidah yang benar.Justeru, akhlak mempunyai peranan yang penting di dalam kehidupan dan dalam memelihara kemuliaan insan serta keluhurannya.

GOLONGAN YANG MELUPAKAN KEBAHGIAAN DAN KETENANGAN HIDUP.
1) Kehidupan Yang Sempit.•
Golongan ini merupakan golongan yang tidak paham atau kenal Allah S.W.T dan tidak kenal dirinya sendiri. Hatinya sentiasa sempit, tidak lapang, kusut, dan tidak tenang walaupun pada zahirnya mereka Nampak tenang. Mereka menjadi begini kerana hati mereka tidak merasakan bahawa mereka berTuhankan Allah S.W.T. Jadi mereka tiada tempat untuk mengadu apabila mengalami bermacam – macam masalah didalam hidup. Mereka terpaksa bergantung pada diri mereka sendiri sahaja untuk menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.
2) Tidak Mengenal Diri Sendiri.•
Golongan – golongan ini merupakan mereka yang tidak merasakan diri mereka hamba kepada Allah S.W.T. Hanya pada lisan sahaja mereka mengakui tetapi tidak pada hati mereka. Maka, akan timbullah sifat sombong, bongkak dan sebagainya. Tiada rasa ketenangan dalam diri mereka walaupun setinggi mana kedudukan mereka.
3) Melupakan Kewajipan.•
Golongan – golongan ini merupakan mereka yang lupa tanggungjawap mereka sesama saudara islam mereka. Mereka hidup dalam keadaan yang serba lengkap dan mewah tetapi mereka tidak mahu tolong – menolong dan bantu – membantu saudara islam mereka yang hidup dalam keadaan yang serba kekurangan.

GOLONGAN YANG DERHAKA KEPADA IBU BAPA
Golongan – golongan ini merupakan mereka yang tidak menghormati dan memuliakan kedua ibu bapa mereka. Mereka mengabaikan tanggungjawab mereka sebagai seorang anak terhadap ibu bapa mereka. Tidak menghormati ibu bapa merupakan dosa yang paling besar sebagai seorang anak.

SUAMI YANG TIDAK MENJAGA ISTERI DAIPADA API NERAKA.
Golongan – golongan ini merupakan mereka yang tidak membimbing isteri – isteri mereka melakukan perkara – perkara yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T seperti menutup aurat, menjaga kehormatan diri mereka dan suami, tidak keluar rumah tanpa izin daripada suami, dan sebagainya. Mereka gagal membimbing isteri – isteri merka untuk menghormati diri mereka sebagai seorang suami dan gagal membimbing isteri – isteri mereka untuk mendidik anak mereka menjadi anak – anak yang soleh dan solehah.

ISTERI YANG TIDAK MAHU MENYAYANGI DAN MENGURUS ANAK.
1) Membiarkan Anak.•
Mereka tidak mengasuh dan mendidik anak mereka supaya menjadi anak yang soleh yang tinggi budi pekerti.
2) Mengabaikan Anak.•
Mereka tidak mendampingi anak anak atau member perhatian kepada anak – anak mereka. Ini menyebabkan mereka tidak mengetahui perasaan dan permasalahan anak – anak mereka. Anak – anak mereka akan mencari kawan – kawan rapat mereka untuk meluahkan masalah yang mereka hadapi. Ini tidak salah tetapi jikalau mereka tersalah memilih kawan ini akan menyebabkan mereka terpengaruh ke arah unsur – unsur social yang tidak sihat. Perhatian daripada ibu bapa terhadap anak – anak amat penting pada masa kini.
3) Tidak Berkumpul Dan Beramah Mesra.•
Mereka tidak mahu meluangkan masa bersama – sama anak mereka seperti beriadah bersama – sama untuk mendekati dan mengenali hati budi anak – anak mereka selain dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan.
4) Sibuk Bekerja.•
Di dalam islam sebenarya wanita tidak digalakkan bekerja kerana ianya dapat merenggangkan hubungan mesra antara anak dan ibu, begitu juga hubungan antara isteri dan suaminya. Ini berlaku kerana wanita terlalu tumpukan pada kerjaya mereka hingga tanggungjawab mereka sebagai isteri dan ibu terabai.
~Saidina Umar ra, kisah suka dan duka~

Suatu ketika Rasulullah SAW berkumpul dengan para Sahabatnya, beliau bertanya kepada para sahabatnya
“Siapa diantara kalian yang boleh membuat aku tertawa? “
"Saya ya rasulullah". Jawab Umar . Kemudian Umar pun bercerita.”
"Dahulu sebelum aku mengenal Islam ,aku pernah membuat patung berhala dari manisan , sewaktu aku lapar aku memakan berhala tersebut mulai dari kepalanya, terus tangannya hingga habis tak tersisa."
Mendengar cerita Umar ra, Rasulullah SAW tertawa hingga kelihatan gigi grahamnya,
Beliaupun bersabda.
"Dimana akal kamu waktu Itu ?"
Umar menjawab “Akal kami memang bijak tapi waktu itu yang Menciptakan Alam menyesatkan kami”
Lalu Rasulullah SAW berkata kepada Umar.
"Ceritakan kepadaku hal yang membuat aku menangis".
Umar pun berceritanya
"Dahulu aku punya seorang anak perempuan, aku ajak anak tersebut kesuatu tempat, Tiba ditempat yang aku tuju aku mulai menggali sebuah lubang, setiap kali tanah yang aku gali mengenai bajuku ,maka anak perempuanku membersihkannya. Padahal dia tidak mengetahuinya sesungguhnya lubang yang aku gali adalah untuk menguburnya hidup-hidup untuk persembahan berhala. Setelah selesai menggali lubang aku kubur anak perempuanku hidup-hidup" .
Mendengar cerita itu menitislah air mata Rasulullah SAW, tapi Umar telah menyesali perbuatan jahiliyyahnya sebelum dia mengenal Islam.
Begitulah sekelumit cerita Umar AlKhattab ra sebelum dia mengenal Nabi Muhammad SAW , Umar terkenal sangat kejam kepada siapa saja, selepas mengenal Rasulullah SAW hatinya luluh dan menjadi orang yang sangat sabar dan tawadhu.

Subhanallah... (T_T)

via : ukht Detik Kehidupan
~TANGISAN NABI MENGONCANG ARASH~

“Dikisahkan, bahawasanya di waktu Rasulullah s.a.w. sedang asyik bertawaf di Ka’bah, beliau mendengar seseorang di hadapannya bertawaf, sambil berzikir:
“Ya Karim! Ya Karim!”
Rasulullah s.a.w. menirunya membaca “Ya Karim! Ya Karim!” Orang itu lalu berhenti di salah satu sudut Ka’bah, dan berzikir lagi: “Ya Karim! Ya Karim!”
Rasulullah s.a.w. yang berada di belakangnya mengikut zikirnya “Ya Karim! Ya Karim!”
Merasa seperti diolok-olokkan, orang itu menoleh ke belakang dan terlihat olehnya seorang laki-laki yang gagah, lagi tampan yang belum pernah dikenalinya.Orang itu lalu berkata:
“Wahai orang tampan! Apakah engkau memang sengaja memperolok-olokkanku,kerana aku ini adalah orang Arab badwi? Kalaulah bukan kerana ketampananmu dan kegagahanmu, pasti engkau akan aku laporkan kepada kekasihku, Muhammad Rasulullah.”
Mendengar kata-kata orang badwi itu, Rasulullah s.a.w. tersenyum, lalu bertanya:
“Tidakkah engkau mengenali Nabimu, wahai orang Arab?”
“Belum,” jawab orang itu. “Jadi bagaimana kau beriman kepadanya?”
“Saya percaya dengan mantap atas kenabiannya, sekalipun saya belum pernah melihatnya, dan membenarkan perutusannya, sekalipun saya belum pernah bertemu dengannya,” kata orang Arab badwi itu pula.
Rasulullah s.a.w. pun berkata kepadanya:
“Wahai orang Arab! Ketahuilah aku inilah Nabimu di dunia dan penolongmu nanti di akhirat!”
Melihat Nabi di hadapannya, dia tercengang, seperti tidak percaya kepada dirinya.
“Tuan ini Nabi Muhammad?!”
“Ya” jawab Nabi s.a.w. Dia segera tunduk untuk mencium kedua kaki Rasulullah s.a.w. Melihat hal itu, Rasulullah s.a.w. menarik tubuh orang Arab itu, seraya berkata kepadanya:
“Wahal orang Arab! janganlah berbuat serupa itu. Perbuatan serupa itu biasanya dilakukan oleh hamba sahaya kepada tuannya, Ketahuilah, Allah mengutusku bukan untuk menjadi seorang yang takabbur yang meminta dihormati, atau diagungkan, tetapi demi membawa berita gembira bagi orang yang beriman, dan membawa berita menakutkan bagi yang mengingkarinya.”
Ketika itulah, Malaikat Jibril a.s. turun membawa berita dari langit dia berkata:
“Ya Muhammad! Tuhan As-Salam mengucapkan salam kepadamu dan bersabda:
“Katakanlah kepada orang Arab itu, agar dia tidak terpesona dengan belas kasih Allah. Ketahuilah bahawa Allah akan menghisabnya di hari Mahsyar nanti, akan menimbang semua amalannya, baik yang kecil mahupun yang besar!”
Setelah menyampaikan berita itu, Jibril kemudian pergi. Maka orang Arab itu pula berkata:
“Demi keagungan serta kemuliaan Tuhan, jika Tuhan akan membuat perhitungan atas amalan hamba, maka hamba pun akan membuat perhitungan dengannya!” kata orang Arab badwi itu.
“Apakah yang akan engkau perhitungkan dengan Tuhan? ”
Rasulullah bertanya kepadanya.
"Jika Tuhan akan memperhitungkan dosa-dosa hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa kebesaran maghfirahnya," jawab orang itu.
"Jika Dia memperhitungkan kemaksiatan hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa keluasan pengampunan-Nya. Jika Dia memperhitungkan kekikiran hamba, maka hamba akan memperhitungkan pula betapa kedermawanannya!"
Mendengar ucapan orang Arab badwi itu, maka Rasulullah s.a.w. pun menangis mengingatkan betapa benarnya kata-kata orang Arab badwi itu, air mata beliau meleleh membasahi Janggutnya.
Lantaran itu Malaikat Jibril turun lagi seraya berkata:
“Ya Muhammad! Tuhan As-Salam menyampaikan salam kepadamu, dan bersabda:
Berhentilah engkau dari menangis! Sesungguhnya kerana tangismu, penjaga Arasy lupa dari bacaan tasbih dan tahmidnya, sehingga la bergoncang. Katakan kepada temanmu itu, bahawa Allah tidak akan menghisab dirinya,juga tidak akan memperhitungkan kemaksiatannya. Allah sudah mengampuni semua kesalahannya dan la akan menjadi temanmu di syurga nanti!"
Betapa sukanya orang Arab badwi itu, apabila mendengar berita tersebut. la lalu menangis kerana tidak berdaya menahan keharuan dirinya.

Subhanallah.... (T_T)
~Tangisan Nabi Muhammad SAW di akhirat~

Dari Usman bin Affan bin Dahaak bin Muzahim daripada Abbas ra, bapa saudara Rasulullah SAW dari Rasulullah SAW telah bersabda, yang bermaksud:
“Aku adalah orang (manusia) yang paling awal dibangkitkan dari kubur (bumi) pada hari kiamat yang tiada kebanggaan. Bagiku ada syafaat pada hari kiamat yang tiada kemegahan. Bendera pujian di tanganku dan nabi-nabi keseluruhannya berada di bawah benderaku. Umatku adalah umat yang terbaik. Mereka adalah umat yang pertama dihisab sebelum umat yang lain. Ketika mereka bangkit dari kubur, mereka akan mengibas (membuang) tanah yang ada di atas kepala mereka.
Mereka semua akan berkata: “Kami bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan kami bersaksi bahawa Muhammad itu Rasulullah. Inilah yang telah dijanjikan oleh Allah Taala serta dibenarkan oleh para rasul.”
Ibnu Abbas ra berkata: “Orang yang pertama dibangkitkan dari kubur di hari kiamat ialah Muhammad SAW. Jibril as akan datang kepadanya bersama seekor Buraq. Israfil pula datang dengan membawa bersama bendera dan mahkota. Izrail pula datang dengan membawa bersamanya pakaian-pakaian syurga.”
Jibril as akan menyeru: “Wahai dunia! Di mana kubur Muhammad SAW?”
Bumi akan berkata: “Sesungguhnya, Tuhanku telah menjadikan aku hancur. Telah hilang segala lingkaran, tanda dan gunung-ganangku. Aku tidak tahu dimana kubur Muhammad SAW.”
Rasulullah SAW bersabda: “Lalu diangkatkan tiang-tiang dari cahaya dari kubur Nabi Muhammad SAW ke awan langit. Maka, empat malaikat berada di atas kubur."
Israfil bersuara: “Wahai roh yang baik! Kembalilah ke tubuh yang baik!”Maka, kubur terbelah dua. Pada seruan yang kedua pula, kubur mula terbongkar. Pada seruan yang ketiga, ketika Rasulullah SAW berdiri, baginda SAW telah membuang tanah di atas kepala dan janggut baginda SAW. Baginda SAW melihat kanan dan kiri. Baginda SAW dapati, tiada lagi bangunan. Baginda SAW menangis sehingga mengalir air matanya ke pipi.
Jibril as berkata kepadanya: “Bangun wahai Muhammad! Sesungguhnya kamu di sisi Allah Taala di tempat yang luas.”
Baginda SAW bertanya, “Kekasihku Jibril! Hari apakah ini?” Jibril as menjawab: “Wahai Muhammad! Janganlah kamu takut! Inilah hari kiamat. Inilah hari kerugian dan penyesalan. Inilah hari pembentangan Allah Taala.”
Baginda SAW bersabda: “Kekasihku Jibril! Gembirakanlah aku!” Jibril as berkata: “Apakah yang kamu lihat di hadapanmu?”
Baginda SAW bersabda: “Bukan seperti itu pertanyaanku.”Jibril as berkata: “Adakah kamu tidak melihat bendera kepujian yang terpacak di atasmu?”
Baginda SAW bersabda: “Bukan itu maksud pertanyaanku. Aku bertanya kepadamu akan umatku. Di mana perjanjian mereka?”
Jibril as berkata: “Demi keagungan Tuhanku! Tidak akan terbongkar oleh bumi daripada manusia, sebelummu?”Baginda SAW bersabda: “Nescaya akan, kuatlah pertolongan pada hari ini. Aku akan mensyafaatkan umatku.”
Jibril as berkata kepada baginda SAW: “Tungganglah Buraq ini wahai Muhammad SAW dan pergilah ke hadapan Tuhanmu!” Jibril as datang bersama Buraq ke arah Nabi Muhammad SAW. Buraq cuba meronta-ronta.
Jibril as berkata kepadanya: “Wahai Buraq! Adakah kamu tidak malu dengan makhluk yang paling baik dicipta oleh Allah Taala? Sudahkah Allah Taala perintahkan kepadamu agar mentaatinya?”
Buraq berkata: “Aku tahu semua itu. Akan tetapi, aku ingin dia mensyafaatiku agar memasuki syurga sebelum dia menunggangku. Sesungguhnya, Allah Taala akan datang pada hari ini di dalam keadaan marah. Keadaan yang belum pernah terjadi sebelum ini.”
Baginda SAW bersabda kepada Buraq: “Ya! Sekiranya kamu berhajatkan syafaatku, nescaya aku memberi syafaat kepadamu.Setelah berpuas hati, Buraq membenarkan baginda SAW menunggangnya lalu dia melangkah. Setiap langkahan Buraq sejauh pandangan mata. Apabila Nabi Muhammad SAW berada di Baitul Maqdis di atas bumi dari perak yang putih, malaikat Israfil as menyeru: “Wahai tubuh-tubuh yang telah hancur, tulang-tulang yang telah reput, rambut-rambut yang bertaburan dan urat-urat yang terputus-putus! Bangkitlah kamu dari perut burung, dari perut binatang buas, dari dasar laut dan dari perut bumi ke perhimpunan Tuhan yang Maha Perkasa.Roh-roh telah diletakkan di dalam tanduk atau sangkakala. Di dalamnya ada beberapa tingkat dengan bilangan roh makhluk. Setiap roh, akan didudukkan berada di dalam tingkat. Langit di atas bumi akan menurunkan hujan dari lautan kehidupan akan air yang sangat pekat seperti air mani lelaki. Daripadanya, terbinalah tulang-tulang. Urat-urat memanjang. Daging kulit dan bulu akan tumbuh. Sebahagian mereka akan kekal ke atas sebahagian tubuh tanpa roh.Allah Taala berfirman: “Wahai Israfil! Tiup tanduk atau sangkakala tersebut dan hidupkan mereka dengan izinKu akan penghuni kubur. Sebahagian mereka adalah golongan yang gembira dan suka. Sebahagian dari mereka adalah golongan yang celaka dan derita.”
Malaikat Israfil as menjerit: “Wahai roh-roh yang telah hancur! Kembalilah kamu kepada tubuh-tubuh mu. Bangkitlah kamu untuk dikumpulkan di hadapan Tuhan semesta alam.”
Allah Taala berfirman: “Demi keagungan dan ketinggianKu! Aku kembalikan setiap roh pada tubuh-tubuhnya!” Apabila roh-roh mendengar sumpah Allah Taala, roh-roh pun keluar untuk mencari jasad mereka. Maka, kembalilah roh pada jasadnya. Bumi pula terbongkar dan mengeluarkan jasad-jasad mereka. Apabila semuanya sedia, masing-masing melihat.Nabi SAW duduk di padang pasir Baitul Maqdis, melihat makhluk-makhluk. Mereka berdiri seperti belalang yang berterbangan. 70 umat berdiri. Umat Nabi Muhammad SAW merupakan satu umat (kumpulan). Nabi SAW berhenti memperhatikan ke arah mereka. Mereka seperti gelombang lautan.
Jibril as menyeru: “Wahai sekalian makhluk, datanglah kamu semua ke tempat perhimpunan yang telah disediakan oleh Allah Taala.”Umat-umat datang di dalam keadaan satu-satu kumpulan.
Setiap kali Nabi Muhammad SAW berjumpa satu umat, baginda SAW akan bertanya: “Di mana umatku?” Jibril as berkata: “Wahai Muhammad! Umatmu adalah umat yang terakhir.” Apabila nabi Isa as datang,
Jibril as menyeru: Tempatmu!” Maka nabi Isa as dan Jibril as menangis.Nabi Muhammad SAW berkata: “Mengapa kamu berdua menangis.”
Jibril as berkata: “Bagaimana keadaan umatmu, Muhammad?”
Nabi Muhammad bertanya: “Di mana umatku?” Jibril as berkata: “Mereka semua telah datang. Mereka berjalan lambat dan perlahan.” Apabila mendengar cerita demikian, Nabi Muhammad SAW menangis lalu bertanya: “Wahai Jibril! Bagaimana keadaan umatku yang berbuat dosa?”
Jibril as berkata: “Lihatlah mereka wahai Muhammad SAW!”Apabila Nabi Muhammad SAW melihat mereka, mereka gembira dan mengucapkan selawat kepada baginda SAW dengan apa yang telah Allah Taala muliakannya. Mereka gembira kerana dapat bertemu dengan baginda SAW. Baginda SAW juga gembira terhadap mereka. Nabi Muhammad SAW bertemu umatnya yang berdosa. Mereka menangis serta memikul beban di atas belakang mereka sambil menyeru:
“Wahai Muhammad!” Air mata mereka mengalir di pipi. Orang-orang zalim memikul kezaliman mereka. Nabi Muhammad SAW bersabda:
“Wahai umatku.” Mereka berkumpul di sisinya. Umat-umatnya menangis.Ketika mereka di dalam keadaan demikian, terdengar dari arah Allah Taala seruan yang menyeru:
“Di mana Jibril?” Jibril as berkata: “Jibril di hadapan Allah, Tuhan semesta alam.” Allah Taala berfirman di dalam keadaan Dia amat mengetahui sesuatu yang tersembunyi: “Di mana umat Muhammad SAW?”
Jibril as berkata: “Mereka adalah sebaik umat.”
Allah Taala berfirman: “Wahai Jibril! Katakanlah kepada kekasihKu Muhammad SAW bahawa umatnya akan datang untuk ditayangkan di hadapanKu.”
Jibril as kembali di dalam keadaan menangis lalu berkata: “Wahai Muhammad! Umatmu telah datang untuk ditayangkan kepada Allah Taala.”
Nabi Muhammad SAW berpaling ke arah umatnya lalu berkata: “Sesungguhnya kamu telah dipanggil untuk dihadapkan kepada Allah Taala.Orang-orang yang berdosa menangis kerana terkejut dan takut akan azab Allah Taala. Nabi Muhammad SAW memimpin mereka sebagaimana pengembala memimpin ternakannya menuju di hadapan Allah Taala. Allah Taala berfirman: “Wahai hambaKu! Dengarkanlah kamu baik-baik kepadaKu tuduhan apa-apa yang telah diperdengarkan bagi kamu dan kamu semua melakukan dosa!”Hamba-hamba Allah Taala terdiam.
Allah Taala berfirman: “Hari ini, Kami akan membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan. Hari ini, Aku akan memuliakan sesiapa yang mentaatiKu. Dan, Aku akan mengazab sesiapa yang menderhaka terhadapKu. Wahai Jibril! Pergi ke arah Malik, penjaga neraka! Katakanlah kepadanya, bawakan Jahanam!”
Jibril pergi berjumpa Malik, penjaga neraka lalu berkata: “Wahai Malik! Allah Taala telah memerintahkanmu agar membawa Jahanam.”
Malik bertanya: “Apakah hari ini?”
Jibril menjawab: “Hari ini adalah hari kiamat. Hari yang telah ditetapkan untuk membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan.”
Malik berkata: “Wahai Jibril! Adakah Allah Taala telah mengumpulkan makhluk?”
Jibril menjawab: “Ya!”
Malik bertanya: “Di mana Muhammad dan umatnya?”
Jibril berkata: “Di hadapan Allah Taala!”
Malik bertanya lagi: “Bagaimana mereka mampu menahan kesabaran terhadap kepanasan nyalaan Jahanam apabila mereka melintasinya sedangkan mereka semua adalah umat yang lemah?”
Jibril berkata: “Aku tidak tahu!”
Malik menjerit ke arah neraka dengan sekali jeritan yang menggerunkan. Neraka berdiri di atas tiang-tiangnya. Neraka mempunyai tiang-tiang yang keras, kuat dan panjang. Api dinyalakan sehingga tiada kekal mata seorang dari makhluk melainkan bercucuran air mata mereka (semuanya menangis).Air mata sudah terhenti manakala air mata darah manusia mengambil alih. Kanak-kanak mula beruban rambut. Ibu-ibu yang memikul anaknya mencampakkan mereka. Manusia kelihatan mabuk padahal mereka sebenarnya tidak mabuk.


By:ukhty Detik kehidupan
    ~Tudung Labuh Dan Berpurdah~(1)

  Sebelum berhijrah aku hanya gadis remaja yang tak tahu apa yang baik dan buruk nya pemakaian ku.Yup aku bertudung hanya untuk menutup rambut ku dari dilihat,tak solat,Dan aku bersyukur padaMu Ya Allah kerana sentiasa menjaga dan melindungi diri ini agar tidak terjebak dengan masalah remaja,bersosial,mungkin semua nie ada hikmah disebaliknya,Time tue aku dah kerja,walau pun dah kerja aku tak pernah dididik untuk menghias diri,Mak marah sebaba mak cakap jangan nak mengada kalau nak kerja tue,kerja jak jangan nak tunjuk lebih-lebih,
  Pemakaian ku dulu Ya Allah bila ku ingat kembali malu sangat-sangat..Jahilnya aku time tue,Dan nasib masa aku kerja tue aku takda kemudahan berhubung kalau tak habislah,Bila kerja banyak sungguh dugaan nya,terus terang aku benci bila ada yang suka memandang,aku rasa benci bila diperhatikan rasa macam..macam..macam tak selamat dengan renungan tue..Renungan-renungan mata-mata hitam.
 Ya Allah aku rasa tak selamat dan rasa terancam,tambah lagi aku pergi kerja dan balik kerja dengan jalan kaki,Setiap kereta yang lalu disamping ku ada saja ayat-ayat yang kurang enak ku dengar..

  Dalam keadaan yang macam tue aku hanya mampu berdoa dan memohon perlindungan dari nya..Peristiwa itu tak habis disitu saja.aku terima kiriman salam entah dari mana aku pun tak tahu yang minah nie tak habis jadi orang tengah''hai ella ada orang kirim salam,dia nak berkenalan dengan kau,err kau ada no telefon tak?tanya kawan aku yang tak sudah-sudah menjadi penyampai.''ishh tak penat ke dia nie,jadi orang tengah?takpalah aku tak teringin nak berkenalan kalau akak nak,akak jaklah yang kenal dengan dia''aku membebel dan mula bengang dengan sikap nya yang buat aku rasa meluat."ishh ella oklah orang tue hensem plak tue,kaya lagi rugi kalau kau tak kenal dia''dah mula dah promosi dia nie,''dia ingat aku nie perempuan apa agak nya,mata keranjang ke?ishh nie nak kena cuci nie''aku membebel dalam hati..

  ''Akak saya datang sini nak kerja kak cari rezeki nak tolong keluarga saya,Dan untuk pengetahuan akak saya nie bukan perempuan yang akak sangkakan suka bergaul dengan manusia yang saya tak kenal,dan lagi satu biarpun dia kaya,hensem ke saya tak heran kak,kalau hensem,kacak pun kaya pun tapi kalau perangai tak senonoh baik tak payah..saya nie kerja bukan nak cari jantan akak,tolong jangan ganggu saya dengan benda-benda nie semua boleh tak?aku meluahkan rasa tidak puas hati dan geram ku padanya..

  Dan aku berpindah  kerja,bukan setakat pindah kerja aku juga turut berhijrah,Alhamdulilah Atas hidayah dan rahmatnya aku berhijrah,Alhamdulilah perubahan yang baik pada diriku,aku juga belajar sikit demi sedikit,Alhamdulilah aku dah tauk solat dah,macam-macam yang aku tanya..emm aku jugak turut ditawarkan untuk belajar dimadrasah.Dan aku perlu keizinan dari keluarga..''Mak,pak boleh tak ila sambung belajar di sekolah madrasah?dalam nada yang takut-takut aku bertanya.. ''Kau tue perempuaan nanti apa-apa jadi siapa yang susah,kami jugak yang susah,''Kata-kata tue buat aku rasa terkilan sangat-sangat rasa nak menangis pun ada(eleh dah menangis pun dalam bilik).Mungkin aku nie manja sangat kot sebab tue mak,bapak aku tak bagi,Dalam rumah pun selalu kena buli dengan adik-adik nie lagi nak lepas jauh-jauh,punah sudah harapan ku..
   Dan sampai sekarang aku menanti detik-detik tue,umur pun dah meniggkat bilalah agaknya aku nak belajar agama nie erk?orang cakap kalau tak mampu nak belajar agama,cari lelaki soleh..adesss nie lagi mencabar siapalah nak jadikan aku istri dah jahil pemalas pulak tue..Dulu aku pernahdipermain kan konon nak ajar aku dan bmbing keluarga aku,masa tue aku betul-betul tak tahu,aku dapat tahu dari sahabat aku,Ya Allah hancur hati aku,aku ingat dia ikhlas tapi tak sangka diriku hanya dipermainkan..Mudahnya orang permainkan diriku yang terlalu lurus nie,Twins aku pernah cakap''Jangan terlalu baik sangat nanti orang mudah permainkan kau''sekarang nielah padahnya.Sejak tue aku dah tawar hati nak berkawan atau percaya lagi pada lelaki,walau pun time tue aku takda perasaan pada dia dan ketepikan semua tue sebab aku nak dia bantu keluarga aku dan aku juga dari terus hanyut dengan nikmat dunia..
   Inilah balasan atas sikap ku yang mudah terpedaya,dan saat tue aku dah mula berdikari untuk bantu adik-adik dan kelaurga aku..Walau aku rasa tak mampu nak hadapi mereka,aku kena jugak tetap bertahan sebab aku yakin Allah swt bersama-sama hambaNYA yang sabar..Ya Allah aku ingin mereka menuju jalan keredhaanMu,tabahkan hati ku tetapkan imanku,berikan aku kesabarran dalam menempuh ujian dan dugaanMu ini..Dan tetapkanlah cinta yang subur dihat ini Hanya PadaMu Ya Allah..Aamiin Ya Rabbi..

         :::Bandar Dan Kampung:::(2)



  Bila dah sekolah aku dan keluarga dah jarang balik kampung tengok atok dan nenek..Al maklumlah dah kami adik beradik dah sekolah..Jadi nak balik kampung pun tengok cuti kami dulu..Mesti atok dan arwah nenek rindukan kami semua..emm macam mana nak cerita erk..Tempat tinggal kitaorang lebih kurang macam kampung jugak..hehe nama jak tinggal dekat bandar tapi suasana sama macam kampung ada hutan dibelakang rumah..Ya Allah zaman kanak-kanak ku memang best..Kami adik beradik tak bergaul dengan jiran-jiran kami main pun dengan sepupu dan adik-adik..main masak-masak bawah rumah time musim durian lagi best,Nak tauk kenapa haha kitaorang lumba-lumbah siapa yang paling banyak dapat kutip buah durian.Time tue ada pokok langsat,durian, rambutan,magga,jambu emm apa lagi erk?

  Bila lapar kami adik beradik pergi serang kebun bapak belakang rumah,wahhh macam monyet panjat sana panjat sini..siap buat rumah lagi..haha dah lupa nak balik,adik-adik aku lah tukang panjat nya..aku nie perempuan mana tauk panjat-panjat nie kalau mak aku tauk ahh siaplah kena pukul..Dalam sibuk mencari rezakilah konon nya.haha adesss sakit pulak perut aku bila ingat kisah nie semua..Kami yang perempuan nie sibuklah jugak menyiapkan apa yang patut..Ahh habis barang-barang mak aku...kami kerjakan..Erkk jangan tak tauk kami nie juara kratif tauk..Kami buat rumah sendiri dikebun dengan guna daun kelapa..Pastu kami cari ranting-ranting kayu konon nak guna kayu api nak memasak ce wahh nak masak konon guna tanah buat apa..Ahh air pulak pakai air putih yang dah kami bawah lari dari rumah dan kami nie kratif sikit,huhu nak tauk?ahh rambutan tue kami buang bijinya dan isinya kami masukkan dalam gelas dan letak gula sikit.wahh sedap sungguh chef-chef nie masak..adesss kalau mak aku tauk mesti kami semua kena masak..

   Time tue banyak kenangan terindah.tapi semua tue dah musnah bila semua nya ditebang oleh kontraktor..ishh kami hanya mampu memandang konon nya nak bagi rata..kami adik beradik nie punyalah sakit hati bila tempat kami bermain telah dimusnahkan..Time tue kecik lagi so tak tahu mengapa pokok-pokok kenangan kami dimusnahkan..Tue antara orang-orang tua punya urusan..Dan tiadalah tempat kami untuk bermain..Lagipun kadang kami habiskan masa dengan aktiviti sekolah..Mungkin adik-adik aku dah lupa,tapi pada aku semua tue adalah kenangan terindah ketika zaman kanak-kanak..Tak perlu fikir apa-apa yang hanya aku tahu main dah bergembira..

  Dan hidup dibandar sikit pun tak mengubah diri ini..Aku sering diketawakan''Ishh buat malu jaklah kau nie suhaila,nama jak tinggal dibandar satu apa pun dak tauk..hahaha..macam rusa baru kuar hutanlah kau nie..''sindir teman sekolah aku..''Siapa disini yang tak pernah naik bas''pertanya cikgu menambahkan lagi rasa malu dalam diri.''Si suhaila cikgu dak pernah naik bas,dia pergi  bandar pun dak pernah haha''Sindiran mereka ckup menyakitkan hati aku..''Takpa nanti dia dah kawin ahh suami dia pulak yang bawak dia pergi bandar''Amboi cikgu nie dah melebih nampak,aku masih belajar dia bilang kawin lah pulak..ishh geram betul aku..

   Sampai sekarang aku masih macam tue..Dan firt time aku naik bas pergi bandar bila aku ikut kak as beli kain.Ya Allah rasa nak menangis pun ada..Jantung tak henti berdetak,mugkin sebab aku tak biasa pergi bandar tanpa mak dan bapak aku kot..Adess padan muka kena marah dengan kak as ''ishh penakutlah u nie kena belajar berdikari baru lah best''tak pasal-pasal dapat ceramah free.Pada aku dunia luar terlalu asing dan menakutkan,aku rasa tak tahan untuk berlama-lama disana..Tuan puterilah katakan diantar depan kedai huhu puterilah sangat manja mengda betullah aku nie..Ahh sekarang tengok bila dah kerja pun sama.nak berurusan pun bos aku yang hantar..adesss memang gila.nasiblah aku dapat bos yang kira oklah jugak,memahamilah kiranya..Tapi macam nak mampus aku dibuatnya..bawak kereta macam nak bunuh diri lubang ke bonggol ke ahh semua main jalan jak..aku yang dibelakang nie mak aik tehumban sana-humban sini..nasib baik aku pakai tali keledar..ishh bos aku nie memang tak sayang nyawa betullah..

  Rakan sekerja pun tak habis-habis kenakan aku''ila jom pergi bandar kita setengah hari kerja''ajak teman sekerja.''Err kalau setengah hari ila balik jaklah kak mak dengan bapak belum tanya lagi''aku tetap dengan sikapku yang nak pergi mana-mana kena bagitau dulu..Aku tahu mak mesti tak bagii sebab diorang tauk aku nie bukan boleh harap pun..Emm biarlah apa orang nak cakap janji aku tetap dengan perangai aku..Mungkin sebab aku dah terbawa-bawa perangai kampung aku kot..Bergaul pun aku tak tahu..huhu dan tambah lagi mak dan ayah tegas emm so menyendirilah jawabnya..

Tuesday, January 15, 2013

           ::: Kampung Dan Bandar ::: (1)






  Aku dilahirkan dikampung tempat atok sebelah mak aku,Biasalah mak selalu balik kampung bila time nak bersalin.Kalau terjadi apa-apa pun tak risau sebab ada atok dan arwah nenek di samping untuk bagi dorongan dan kekuatan..Dari cerita mak dulu aku lahir dirumah atok,tapi disebabkan aku lahir tak cukup bulan,aku terpaksa dihantar ke hospital..Dan dari cerita ada rasa sedih dan terkilan dalam diri,Terima kasih Ya Allah kerana masih beri peluang untuk aku bernafas walau time tue aku hampir pergi buat selamanya..

  Time aku kecik-kecik banyak masa aku habiskan dikampung dimandikan oleh arwah nenek dan dijaga oleh mereka..hehehe rasa seronok bila kisah waktu zaman kanak-kanak diperbualkan..walau kadang aku rasa terpinggir dan tak dihargai..Ahh masa lalu biarkan berlalu.Suasana kampung memang best apa lagi time mandi sungai..wahh best gila rasa macam taknak balik,haha nakal time kecik-kecik,Bila dah seronok dah tak ingat dunia..Bila dah menggigil kesejukkan baru rasa nak balik..Atok ada kebun best..Tapi sekarang semua dah berubah..Sayangnya..Teringat time tue habis pokok cermai,pokok rambutan dan pokok mangga..habis kami kerjakan..Ingat zaman lalu rasa nak kembali ke zaman tue,time tue pun masih kecik yang aku tahu main..main..main..langsung aku tak fikir benda lain..
  
   Bila dah besar malu melimpah ruah,hehe.Dengan sepupu pun mak aik suara punyalah susah nak keluar..Tunduk-tunduk malu.nak kuar rumah atok pun payah..Biasalah dah meningkat remaja so malu tue malu tahap gaban..huhu perasan nya diri ini..Atok ajak jalan-jalan pun taknak''Ila jom ikut atok''Kira macam nielah atok ajak aku,hehe ingat-ingat lupa.''Nak pergi mana tok,Endak maullah,mau duduk rumah jak dengan nenek''aku beralasan,hehe sebenarnya aku nak tengok tv..hehe ala bukan dapat apapun kalau ikut atok..malulah..Al maklumlah anak dara..

   Biasanya kalau dah subuh ahh kak asma mesti dah kejutkan aku bangun..adess arwah nenek cakap orang perawan endak bagus bangun lewat..Dalam keadaan yang mamai aku pun terhuyung-hayang ke dapur..akak sepupu aku sangka aku dah buang tebiat tiba-tiba pulak bukak pintu dapur..hehe ''Erhh ella masih gelap lagi tue nak kemana''?tanya kak as padaku.''Err endak pergi mana-manalah kak disini jak nie mau hirup udara pagi''aku menjawap persoallan akak aku nie..''Emm banyak jugak erk orang lalu lalang pagi-pagi macam nie ishh kalau joging nie mesti best gila..haha lupakan jaklah kau tue perempuan lembik pulak tue,jangan nak mengada pulak merayau pagi-pagi kalau nak kena cuci telinga buatlah''aku bermonolog sendiri..

   Dan peristiwa yang tak dapat aku lupakan sampai sekarang..haha..adesss ingat semua tue sakit perut aku tergelak..Time tue arwah nenek suruh aku tengok betik ada ke tak dipokoknya..Aku yang tak tahu apa-apa nie pergi lah kebelakang rumah nak tengok pokok buah betik tue ada ke tak..Dalam leka melihat panorama kat belakang rumah,aku rasa macam diperhatikan..ahh biarkanlah..emm segarnya rasanya nyaman..Dan tiba-tiba Ya Allah  kak!!! aku menjerit ketakutan..habis seluar dan baju aku kotor..Dalam keadaan truma dan menggigil ketakutan aku berlari naik ke rumah..

   ''Ya Allah kenapa kau nie?tengok baju tue dah kotor kena tanah,yang menjerit tue kenapa kau tenampak hantu ka?Tanya kak As pada ku.Tak ku pedulikan pertanyaan sepupuaku tue,aku membersihkan baju dan seluar ku yang kotor..''Apa yang bising-bising tue Asma?tanya nenek pada kak As."Dak tauk lah nie si Ella nie tadi bukan main macam orang nampak hantu ditanya diam pulak dia..kak as membebel..''ila mari sini''nenek memanggil aku masuk kedalam rumah..''Iya nek''dalam takut-takut aku masuk ke dalam rumah
Nenek jugak terkejut melihat keadaan ku yang basah dan kotor..''Ya Allah kenapa dengan bajumu tue ila?nenek bertanya dalam nada yang risau..''Err tadi masa nenek suruh tengok tengok buah betik ada kha dakda,ada monyet kejar,jadi ila larilah belakang rumah kan licin sebab semalam ujan''Aku menerangkan apa yang terjadi..

  Aik ingat dah selasai dah benda nie,tak sangka pulak jadi bahan gurauan atok dan nenek..adesss dah nasib..Alhamdulillah nasib baik aku cepat lari kalau tak habis aku kena terkam dengan monyet tue..''Kesian si ila monyet pun boleh jatuh hati dengan dia.hehehe,mugkin dia nak luahkan perasaan pada ila,yang ila lari tue kenapa''atok mulalah dengan perangai nya yang suka menyakat tue..adesss ''ishh atok nie monyet tue gila kali orang syok-syok  hirup udara segar monyet pengacau tue pulak buat hal..ishh..''aku meluah rasa tak puas hati dan masih dalam keadaan ketakutan..Dan sejak peristiwa tue aku dah tak berani nak pergi belakang rumah lagi..kalau pergi pun mesti ada kawan yang temankan..kalau tak pun aku tengok dari tingkap dapur jaklah..Tapi monyet betuah tue masih setia menanti disitu..adesss.

  Kampung tempat aku lahir dan banyak kenangan aku disana..walau dah jarang balik kesana..Aku sentiasa rindukan suasana kampung,tenang aman,nyaman dan kadang aku rasa  banyak ilham yang aku dapat disana.


  Ingin ku ulang masa semalam namun itu semua takan mungkin terjadi kerana aku adalah diri ku yang sekarang..Al-fateha Buat arwah nenek yang tercinta..Maafkan diriku yang telah banyak menyusahkan dan melukakan mu..Betapa aku rindukan nasihat dan tunjuk ajar mahupun gurau sendamu..Semoga nenek aman disana..Semoga arwah ditempatkan bersama-sama hambah Nya yang beriman..Aamiin Ya Rabbiii.Akan ku menyusul dirimu disana..