Thursday, January 17, 2013

Jalan Kembali

Part 1

Aku tersedar dari lena yang panjang..Namun bila mata cuba ku buka hanya kegelapan yang ku lihat..Aku rasa ada sesuatu yang menghalang pengelihatan ku..Tangan ku meraba-raba benda yang menghalang pengelihatanku..Apa benda yang nya nie? Aku berkata-kata dalam hati..Sambil cuba membuka benda penghalang itu,aku mendengar derap kaki berlari ke arah ku..Pelik apa yang dah jadi sebenarnya..rasa takut mula menghantui ku..

“Adik banyak-banyak bersabar ye,jangan takut kami semua ada disisi adik’ Kedengaran suara seseorang yang tak ku kenali..Dalam gugup aku bertanya “apa yang dah jadi nie?saya dekat mana?mak ayah saya mana?’bermacam-macam soalan yang ku utarakan oleh kerana rasa takut yang menghantui diriku..

Adik sekarang berada di hospital,Alhamdulilah baguslah adik dah sedar,pihak hospital dah menghubungi keluarga adik,tak lama lagi diorang sampailah..kata suara itu menjelaskan ke buntuhan yang bersarang dikepalaku..Errr macam mana saya boleh ada kat sini?apa yang dah jadi sebenarnya?kataku dalam kekeliruan ‘Adik tak ingat apa yang terjadi?kata suara itu’Aku mula berang dengan soalan yang buat aku rasa menyampah “Kalau aku tau takkan lah aku tanya lagi soalan nie!!.Err sebenarnya macam nie,adik terlibat dalam kemalangan jalan raya..Dan adik koma selama dua hari..kata suara itu menjelaskan keadaaan yang sebenarnya..

Aku cuba untuk mengingati kejadian itu namun hampah satu pun aku tak ingat..Angah!!! aku mencari-cari gerangan suara itu,hanya kegelapan yang ku lihat..Alhamdulilah angah dah sedar syukur Ya Allah..Syukur Alhamdulilah suara itu megucap syukur dan menangis teresak-esak itu amat ku kenali..Ya Allah itu suara mak!! Mak angah ke tue?aku cuba bertanya untuk memastiakn adakah benar dia ibu ku..Ye sayang nie mak.,nie mak angah..ibu menjawab soalan ku dengan nada yang sayu dan meruntum perasaan ku..Mak angah tak nampak mak..kenapa mata angah kena balut nie mak?suruh lah doktor buka balutan nie angah takut lah mak gelap sangat''..aku merengek seperti anak kecil yang kehausan..

“Doktor bukalah balutan mata anak saya nie.dia dah sedarkan.Aku hanya mendengar bait-bait perbualan mereka..Dan tanpa sedar aku menjerit semahu-mahunya..Tak..tak..tak..tak mungkin aku tak percaya semua nie menimpa diriku..Kata-kata pujukan ibu sudah tidak ku dengari lagi..Aku benar-benar tak percaya inilah kesudahan nasib diriku..“Angah sabar ye..Insya Allah mata angah mesti boleh sembuh.Angah kena yakin yang semua sakit nie mesti ada penawarnya..Angah sabar ye’Aku tahu ibu hanya cuba menceriakan hati ku..walhal hakikat nya aku cacat penglihatan dan sampai bila pun takkan sembuh..Aku terkedu dan tak mampu berkata-kata lagi..untuk apa aku meraung dan menjerit aku tetap takan bisa melihat sampai menangis dara sekalipun.
.
Ibu memeluk erat tubuhku dan membisikan kata-kata semangat padaku..Aku hanya mampu membalas erat pelukan ibuku dan tak mampu untuk bersuara lagi..Ya Allah ini kah balasan yang harus ku terima atas dosa ku padamMu..Hati ku merintih,aku hanya mampu menangis dalam hati dan sakit nya hanya Dia yang Maha mengetehui..Aku dibenarkan pulang kerana keadaan ku sudah benar-benar sembuh..benar kah aku sudah sembuh sedang mata ku tak mampu disembuhkan lagi..

No comments:

Post a Comment