Tuesday, May 28, 2013

        Bila Kah Saat Itu Tiba??

  Bila tengok semua kawan-kawan aku sambung belajar,Aku rasa cemburu plak tapi takpa bukan rezeki aku,Tapi aku tetap nak menuntut ilmu,Bak kata orang ilmu perlu dicari,Aku berhasrat nak belajar bidang agama,Memang patut pun aku belajar bab tue sebab ilmu aku tentang agama amat cetek,Banyak benda yang aku tak tahu,Allah..Allah..Allah.
 
  Impian yang entah bila terlaksana..
adakah hanya angan-angan semata-mata..
sangkar emas nan indah tak bermakna bagiku jika diriku hanyut dibawa arus ke alpaan..
Biarkan aku bebas,bebas mengatur cara hidup dan matiku..biarkan aku menentukan hidup yang harus ku tuju..ilmu perlu dicari mengapa perlu dihalangi teruskan dengan kurungan ini..teruskan dan teruskan jika itu yang terbaik bagi kamu kerana diri ini hanya boneka yang tak punya naluri dan perasaan..

 Sampai sekarang, aku terfikir-fikir untuk bina kehidupan aku sendiri, biiznillah, tanpa orang lain yang menentukan setiap keputusan untuk kehidupan aku. I'm already 21 years old,Walaupun aku tahu mereka mahu yang terbaik untuk aku, sekurang-kurangnya berilah pilihan untuk aku berkata. aku rindu mahu kembali belajar, mahu masuk alam pembelajaran  kembali kerana orang seperti aku ni, di situlah tempat terbaik aku boleh menimba ilmu tanpa ada gangguan.Cemburu bila tengok kawan-kawan hadirilah majlis-majlis ilmu yang diadakan.Tapi aku hanya terperap dirumah,Hanya kerana aku  seorang perempuan  Kalau ada en suami, bolehla en suami bawa pergi menimba ilmu kat mana-mana, itupun kalau dapat en suami soleh yang cintakan ilmu. Tapi mungkin kehidupan kita berbeza..dan mungkin awak semua lagi bertuah. aku cakap macam ni bukan bermakna aku cakap aku ni malang, cumanya inilah ujian dari Allah untukku sebagai hambaNYA. Alhamdulillah..

  Ya Allah adakah ujian ini akan berakhir,usahkan pergi ke majlis ilmu,menjejakkan kaki ke masjid lagi tak pernah,Rasa terkilan sedih dan kecewa sangat-sangat,Solat terawih tak pernah,solat sunat hari raya pun lagi tak pernah,Allah..Allah..Pernah tak mak ayah tanya apa yang anak dia nakkan dalam mencapai kebahagai hidup dia,Aku tak minta banyak tapi tolong izinkan aku untuk menunutut ilmu salah kah?hina kah?benda yang aku nak buat ni?Kenapa tak yakin dengan kuasa Allah kenapa perlu takut,Allah swt takkan biarkan kita ditimpa musibah hanya kerana kita nak menuntut ilmu..Andai mampu ku ungkap kata-kata ini pada mereka..

   Mak cakap selagi aku masih dibawa tanggungjawab mereka aku tak boleh suka hati buat keputusan..Ya Allah salahkah jalan aku pilih ni?Pergaulan terbatas,semua tersekat,sampai bila?Aku pernah buat satu tindakan yang aku rasa betul,iaitu kawenTapi semua tu tak jadi..ehm mak tak restu.sebab pekerjaan dia dan darjat..Tapi aku tak fikir semua tue sebab aku rasa dia boleh bimbing aku dan keluarga aku,Ternyata aku silap tak sangka sebab ilmu nya aku dipermainkan.Bodohhh Sebab aku jahil hati aku dipermainkan..manusia
.manusia..Sebab tue aku dah tak percaya lagi pada sesiapa pun,tinggi kah ilmu agamanya?dan siapa pun dia aku malas nak fikir..

  Ada baiknya aku berdikari sendiri untuk tarbiah diri aku dan keluarga tanpa mengarapkan insan yang kononnya yang bisa membimbing keluarga aku..Tapi kalau aku terus terperap macam ni,nak pergi mana-mana pun tak boleh,Jangan salahkan aku kalau aku sombong,sebab aku memang tahu bergaul dengan orang,Bila dikerumuni dengan ramai orang aku rasa tak selamat dan rasa nak berkurung dalam bilik lagi bagus,aku rasa rimas,takut,gelisa,malu..

  Andai aku ditanya apa mahu ku..Cukuplah izinkan aku menuntut ilmu Allah swt,aku yang dahagakan ilmu nya.aku yang ingin iman ku disisi dengan bekalan zat ilmu dan Al-quran..Andai bisa izinkan aku untuk memperbaiki kekurangan diri ini,izinkan aku untuk mencari kedamaian dihati,izinkan aku untuk mencari cinta ilahi,

  Adik  Taufiq maafkan akak,akak tak mampu nak bimbing keluarga kita,Akak lemah sangat-sangat,akak tak tabah dengan ujian ni..abang dan kakak taufiq langsung tak hormat akak,Kalau adik ada kan bagus akak tak rasa lemah macam ni?maafkan akak sebab tak peluk dan cium adik dulu,akak minta maaf sebab bencikan adik,adik tak salah,akak yang salah,akak tak hargai kehadiran adik dalam hidup akak,akak pentingkan diri sendiri.akak takut adik bawa mak pergi sekali dengan adik..Adik apa yang patut akak buat,Beruntung adik kan tenang disana,tapi akak kat sini..Akak nak jadi ustaza nak ajar abang dan akak taufiq mengaji dan belajar agama.adik tau tak akak rasa sedih sangat-sangat bila akak hanya mampu sedekahkan Al-fateah jak buat adik..

  Nak bacakan adik surah tiap-tiap malam,akak tak tahu,akak malu pada adik,akak langsung tak berguna pada mak ayah dan adik-adik yang lain..akak malu sangat-sangat bila adik akak sendiri tak hormat akak sebagai yang lebih tua..Abang adam kat kl akak rindu nak gurau-gurau dengan dia..kenapa diorang hormat abang adam tapi akak tak?sebab akak lembik erk?sebab akak tak tegas dan garang macam abang adam?..
akak cemburu tengok kawan akak,akak tak pernah dengar mereka panggil akak dengan panggilan kakak.
akak harap sangat bila akak jauh dari diorang baru diorang akan rasa apa yang akak rasa..Akak rasa akak tinggal ditempat yang asing.apa yang akak buat selalu salah,akak macam katak bawa tempurung akak tak tahu sampai bila akak akan terus bertahan dengan mereka,

  Tapi semua tu akak terima nak buat macam mana,diorang tak biasa,apa yang buat akak rasa nak keluar dari rumah bila akak nak solat,Ya Allah.Allah swt saje yang tahu perasaan akak time tu,rasa marah,sakit hati,sedih pun ada..Ya Allah tabahkan aku dalam menempuh setiap ujian Mu ini..Hanya padaMu tempat aku mengadu nasib ini..Hanya Engkau yang mengetahui setiap duka dan perit yang harus ku lalui..Mampu kah aku terus bertahan,Lapangkanlah aku dengan setiap ujian dan dugaan Mu ini..








 

No comments:

Post a Comment