Wednesday, May 22, 2013

           Dia Yang Teristimewa


  Dia insan teristimewa pada pandangan Allah swt,Tapi dia dipandang hina dimata manusia,hanya kerana kekurangan yang dia punya,dia disisikan dan diperlekehkan hanya kerana kekurang nya..Manusia hanya tahu menjatuhkan hukuman buat insan yang selemah dia,dan bagiku dialah insan teristimewa,

  Kita pasti akan mengadu,menangis bila kita rasa sakit,Tapi dia langsung tak tahu nak meluahkan rasa sakit yang dia rasa,Aku sering melihat dia ketawa,gembira macam tak pernah ada masalah,sakit kah dia,lapar kah dia?orang langsung tak tahu,Tapi hanya insan yang bergelar ibu yang memahami nya,Hari pertama aku mula melihatnya aku takut sangat,dia seperti orang yang tak waras,cuba bayangkan dalam syok-syok dengar orang tua bercerita tiba-tiba orang jerit kat kita,tak kah nak putus jantung rasanya,Time tu aku kecik lagi ehm 8 tahun kot,asal pergi rumah atok jak mesti pakai spek mata gelap,hehe sebab takut dengan pakcik tu lah,Nak tahu dia adik ayah aku,dulu dia tak macam tu,Tapi sebab demam pasti dia terus sawan,Umur aku yang 8 tahun tu tak matang lagi,jadi langsung takda perasan nakal adalah,
 
  Sejak nenek meniggal pakcik dan atok tinggal kat tempat sepupu aku,Tapi tak lama sebab diorang tak tahan nak jaga pakcik aku yang istemewa tu,So pindahlah tinggal dengan aku dan keluarga,Dah tugas aku bagi pakcik makan,Ya Allah bila ingat balik peristiwa tue aku rasa bersalah sangat-sangat,tapi time tu aku tak matang lagi,Bila time nak suap,bukan pakcik yang makan tapi aku yang makan,aku suap diri aku dulu baru aku suap pakcik,oklah tu kan.ish tapi tetap jahat jugak cara tue,Pernah satu hari aku kena sembur dengan pakcik,sebab dia marah kot aku amik makanan dia,salah aku jugak,Tapi takpalah aku share makan dengan pakcik,Bila pikir balik ada tak orang yang sudi nak kongsi makan dengan orang yang terancat akal,takda kot,aku jelah tue,hehe **perasan jap**

  Adik-adik aku selalu buli dia termasuklah aku tapi taklah sejahat adik-adik aku tue,aku cuma ikat rambut dia jak,nampak comel hehe..ish sah tak matang adakah buat pakcik macam orang perempuan.Ya Allah petang tu hilang dari rumah,salah orang kat rumahlah awat tak kunci pintu,habis aku dengan abang kena marah,cari punya cari kami jumpalah kat pinggir jalan,elok jak dia duduk kat situ,Time mood abang aku panas,apa lagi bebirat betis pakcik kena pukul,Sebagai penyelamat aku pun dok bebellah abang aku..

  Semua kenangan pahit buat dia,Bila dia rasa sakit,pakcik akan lari ke hulu-ke hilir untuk mengurangkan sakit dia,Tapi mak tak pernah sisihkan pakcik,bila kami buli pakcik mak selalu ada sebagai penyelamat,mak tak pernah merungut dalam melayan karena pakcik,apa salah dia?kenapa meyeksa dia,dia tak tahu apa-apa pun,ayah pun sama,ayah akan marah kami kalau kami kacau tau buli pakcik,time tue kan kami nakal,

 Malam tue adalah hari terakhir pakcik,aku tak tahu apa puncanya,dah ajal siapa kita nak melawan takdir,ayah belum balik kerja lagi,seingat aku time tue kami tengah tengok tv..Tiba-tiba kami terdengar bunyi bising kat dapur,bilik atok dan pakcik dekat dengan dapur..Aku nampak pakcik meluru keluar dari bilik,mak cuba tenangkan pakcik tapi pakcik meronta-ronta,mak bagi minum,pastu mak baringkan pakcik dengan pangkuan,Ya Allah itulah kali pertama dan terakhir aku tengok pakcik senyum,senyum dia lain sangat-sangat,Pakcik senyum kat mak,antara senyuman ucapan terima kasih sebab jaga dia,dan itulah senyuman pakcik yang terakhir,dan arwah pakcik menghembuskan nafasnya yang terakhir dipangkuan mak dan bersaksikan kami semua,Aku pandang atok dengan penuh persoalan?

  Berakhir sudah peyeksaan arwah didunia ini,wajah nya penuh ketengan,Maafkan silap ila tak terlintas dihati nak meyakiti,ampunkan dosa ila pada pakcik,ila doakan kebahagian pakcik disana Aamiin ya rabbi..

P/s Dia insan yang teristimewa bagi aku,karya ni khas untuk arwah pakcik Al-fateha..


  

No comments:

Post a Comment