~10 GOLONGAN YANG TIDA MENDAPAT SYAFAAT NABI MUHAMMAD SAW~
GOLONGAN YANG DERHAKA
1) Golongan Yang Kufur Kepada Allah a)Kufur Nikmat
• Manusia yang kufur nikmat adalah manusia yang tidak mengenali Zat
Yang Maha Mulia, Maha Bijaksana, Maha Mengetahui, Maha Pencipta, dan
Maha Pentadbir. Mereka akan berada di dalam kegelapan dan kejahilan
sehingga akhir hayat mereka. Kekufuran juga merupakan kezaliman yang
paling besar dan jahat
b) Golongan Yang Menzalimi Diri Sendiri.•
Golongan ini menggunakan anggota – anggota tubuh badan mereka dengan
cara yang tidak sesuai dengan fitrah yang telah ditetapkan oleh Allah
S.W.T dengan melakukan perbuatan – perbuatan yang dilarang oleh Allah
S.W.T.
c)Golongan Ingkar.•
Golongan ingkar ini merupakan
manusia yang melengah – lengahkan hak – hak dirinya terhadap Allah S.W.T
demi mengejar kepentingan diri mereka sendiri d) Golongan Yang Tidak
Menunaikan Hak Ibu Bapa.•
Golongan ini tidak menunaikan
tanggungjawab mereka sebagai anak terhadap kedua – dua ibu bapa mereka.
Hak kepada ibu bapa merupakan hak paling besar bagi manusia di dunia
ini.
e) Golongan Yang Membangkang Terhadap Perintah Allah.•
Golongan ini adalah mereka yang tidak beriman kepada Allah S.W.T, enggan
mengaku Illahiyah-Nya dan Rabbaniyah-Nya dan membangkang titah
perintah-Nya.
f) Golongan Yang Tidak Mengenal Allah.•
Golongan
ini tidak akan mendapat ilmu yang benar dan akal mereka akan melalui
jalan – jalan yang susah dan berliku dalam segenap bidang kehidupan.
GOLONGAN YANG DI DALAM HATINYA ADA PENYAKIT.
1) Mensyirikkan Allah S.W.T.•
Penyakit hati ini berpunca daripada kesombongan manusia yang enggan mengakui kebesaran dan kemuliaan Allah S.W.T.
2) Melakukan Amalan Yang Berdosa.•
Golongan ini gemar melakukan perbuatan yang dilarang oleh Allah S.W.T.
3) Lalai TerhadapTugas•
Golongan ini lalai terhadap tugas yang dipertanggungjawabkan Allah S.W.T kepada hamba yang muslim.
4) Meninggalkan keputusan Allah S.W.T dalam kehidupan.•
Golongan ini menganggap segala ketentuan dan ketetapan Allah S.W.T
dipandang tidak baik dan tidak diredhai oleh manusia. Mereka merasakan
keputusan Allah S.W.T menjatuhkan maruah mereka.
5) Menghina orang yang dimuliakan Allah S.W.T.•
Golongan ini gemar menghina dan memandang kecil orang yang dikasihi dan disokong oleh Allah S.W.T.
6) Tidak merujuk kepada Allah S.W.T.•
Golongan ini tidak merujuk kepada Allah S.W.T segala permasalahan mereka sebaliknya mereka mengambil rujukan yang lain.
7) Mencurigai, syak dan sangsi kepada janji – janji Allah S.W.T.•
Golongan ini curiga, syak, dan sangsi kepada janji – janji dan ingatan –
ingatan Allah S.W.T seperti sangsi dan curiga terhadap jaminan syurga
oleh Allah S.W.T terhadap orang yang beriman.
GOLONGAN YANG MEMBENCI ISLAM
1) Kerana Islam Bertentangan Dengan Jahilliyah.• Faktor terbesar yang
menyebabkan islam dimusuhi iaitu factor akidah islam yang berlawanan
dengan jahilliyah atau kufur. Islam mengajak kepada akidah yang sohih
serta reality hidup yang Salimah, Syamilah, dan Kamilah yang mana
bertentangan dengan kekufuran.
2) Kerana Islam Memerintahkan
Keadilan.• Berlaku adil adalah salah satu perkara yang amat dituntut di
dalam islam. Golongan yang gemar melakukan keburukan menganggap sifat
adil ini menyushakan diri mereka kerana menghalang mereka untuk
mendapatkan ape yang mereka inginkan.
GOLONGAN YANG HANYA MEMIKIRKAN DUNIA.
1) Hanya Untuk Hidup Semata – Mata.•Golongan ini hidup hanya untuk dunia semata – mata. Mereka dinamakan golongan Ad-Dahriyyan.
2) Hilang Pedoman.•
Golongan Ini telah hilang pedoman, terumbang – ambing, aqidah
bersimpang – siur, melakukan sesuatu dan menyimpang dari jalan Allah
S.W.T dalam kehidupan duniawi. Namun mereka masih menyangka mereka
membuat kebaikan. Mereka berfahaman kebendaan walaupun kaangkala mereka
melakukan kerja berbentuk kerohanian.
GOLONGAN YANG MEREMEHKAN ISLAM
1) Islam Dianggap Menghambat Kemajuan.•
Golongan ini menganggap undang – undang islam tidak lojik dan
ketingalan zaman. Mereka menuntut undang – undang tertentu untuk
menyelesaikan masalah yang timbul daripada pelaksanaan undang – undang
yang lain.
2) Islam Dianggap Menyusahkan.•
Golongan ini melihat
pada cara Nabi Muhammad S.A.W menyampaikan dakwah dan dianggap sebagai
menyusahkan kerana bagi mereka terdapat cara yang lain yang lebih
senang. Mereka sebenarnya tidak meyakini bahawa setiap tindakan baginda
besabit dengan konsep Dakwah Islamiyyah dan cara penyampaian dakwah
baginda adalah bimbingan wahyu Allah S.W.T.
GOLONGAN YANG MENGABAIKAN AKHLAK MULIA.
Golongan ini gemar melakukan perilaku – perilaku yang buruk dan
bertentangan dengan apa yang dituntut oleh Allah SWT Mereka dikuasai
oleh tingkah laku buruk dan menyebabkan hidup mereka porak peranda dan
kacau bilau. Kejayaan sesebuah masyarakat bermula daripada pembinaan
sistem nilai yang kukuh yang dipengaruhi unsur – unsur kebaikan yang
terpancar daripada akidah yang benar.Justeru, akhlak mempunyai peranan
yang penting di dalam kehidupan dan dalam memelihara kemuliaan insan
serta keluhurannya.
GOLONGAN YANG MELUPAKAN KEBAHGIAAN DAN KETENANGAN HIDUP.
1) Kehidupan Yang Sempit.•
Golongan ini merupakan golongan yang tidak paham atau kenal Allah S.W.T
dan tidak kenal dirinya sendiri. Hatinya sentiasa sempit, tidak lapang,
kusut, dan tidak tenang walaupun pada zahirnya mereka Nampak tenang.
Mereka menjadi begini kerana hati mereka tidak merasakan bahawa mereka
berTuhankan Allah S.W.T. Jadi mereka tiada tempat untuk mengadu apabila
mengalami bermacam – macam masalah didalam hidup. Mereka terpaksa
bergantung pada diri mereka sendiri sahaja untuk menyelesaikan masalah
yang mereka hadapi.
2) Tidak Mengenal Diri Sendiri.•
Golongan –
golongan ini merupakan mereka yang tidak merasakan diri mereka hamba
kepada Allah S.W.T. Hanya pada lisan sahaja mereka mengakui tetapi tidak
pada hati mereka. Maka, akan timbullah sifat sombong, bongkak dan
sebagainya. Tiada rasa ketenangan dalam diri mereka walaupun setinggi
mana kedudukan mereka.
3) Melupakan Kewajipan.•
Golongan –
golongan ini merupakan mereka yang lupa tanggungjawap mereka sesama
saudara islam mereka. Mereka hidup dalam keadaan yang serba lengkap dan
mewah tetapi mereka tidak mahu tolong – menolong dan bantu – membantu
saudara islam mereka yang hidup dalam keadaan yang serba kekurangan.
GOLONGAN YANG DERHAKA KEPADA IBU BAPA
Golongan – golongan ini merupakan mereka yang tidak menghormati dan
memuliakan kedua ibu bapa mereka. Mereka mengabaikan tanggungjawab
mereka sebagai seorang anak terhadap ibu bapa mereka. Tidak menghormati
ibu bapa merupakan dosa yang paling besar sebagai seorang anak.
SUAMI YANG TIDAK MENJAGA ISTERI DAIPADA API NERAKA.
Golongan – golongan ini merupakan mereka yang tidak membimbing isteri –
isteri mereka melakukan perkara – perkara yang telah ditetapkan oleh
Allah S.W.T seperti menutup aurat, menjaga kehormatan diri mereka dan
suami, tidak keluar rumah tanpa izin daripada suami, dan sebagainya.
Mereka gagal membimbing isteri – isteri merka untuk menghormati diri
mereka sebagai seorang suami dan gagal membimbing isteri – isteri mereka
untuk mendidik anak mereka menjadi anak – anak yang soleh dan solehah.
ISTERI YANG TIDAK MAHU MENYAYANGI DAN MENGURUS ANAK.
1) Membiarkan Anak.•
Mereka tidak mengasuh dan mendidik anak mereka supaya menjadi anak yang soleh yang tinggi budi pekerti.
2) Mengabaikan Anak.•
Mereka tidak mendampingi anak anak atau member perhatian kepada anak –
anak mereka. Ini menyebabkan mereka tidak mengetahui perasaan dan
permasalahan anak – anak mereka. Anak – anak mereka akan mencari kawan –
kawan rapat mereka untuk meluahkan masalah yang mereka hadapi. Ini
tidak salah tetapi jikalau mereka tersalah memilih kawan ini akan
menyebabkan mereka terpengaruh ke arah unsur – unsur social yang tidak
sihat. Perhatian daripada ibu bapa terhadap anak – anak amat penting
pada masa kini.
3) Tidak Berkumpul Dan Beramah Mesra.•
Mereka
tidak mahu meluangkan masa bersama – sama anak mereka seperti beriadah
bersama – sama untuk mendekati dan mengenali hati budi anak – anak
mereka selain dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan.
4) Sibuk Bekerja.•
Di dalam islam sebenarya wanita tidak digalakkan bekerja kerana ianya
dapat merenggangkan hubungan mesra antara anak dan ibu, begitu juga
hubungan antara isteri dan suaminya. Ini berlaku kerana wanita terlalu
tumpukan pada kerjaya mereka hingga tanggungjawab mereka sebagai isteri
dan ibu terabai.
No comments:
Post a Comment