Tuesday, May 28, 2013

        Bila Kah Saat Itu Tiba??

  Bila tengok semua kawan-kawan aku sambung belajar,Aku rasa cemburu plak tapi takpa bukan rezeki aku,Tapi aku tetap nak menuntut ilmu,Bak kata orang ilmu perlu dicari,Aku berhasrat nak belajar bidang agama,Memang patut pun aku belajar bab tue sebab ilmu aku tentang agama amat cetek,Banyak benda yang aku tak tahu,Allah..Allah..Allah.
 
  Impian yang entah bila terlaksana..
adakah hanya angan-angan semata-mata..
sangkar emas nan indah tak bermakna bagiku jika diriku hanyut dibawa arus ke alpaan..
Biarkan aku bebas,bebas mengatur cara hidup dan matiku..biarkan aku menentukan hidup yang harus ku tuju..ilmu perlu dicari mengapa perlu dihalangi teruskan dengan kurungan ini..teruskan dan teruskan jika itu yang terbaik bagi kamu kerana diri ini hanya boneka yang tak punya naluri dan perasaan..

 Sampai sekarang, aku terfikir-fikir untuk bina kehidupan aku sendiri, biiznillah, tanpa orang lain yang menentukan setiap keputusan untuk kehidupan aku. I'm already 21 years old,Walaupun aku tahu mereka mahu yang terbaik untuk aku, sekurang-kurangnya berilah pilihan untuk aku berkata. aku rindu mahu kembali belajar, mahu masuk alam pembelajaran  kembali kerana orang seperti aku ni, di situlah tempat terbaik aku boleh menimba ilmu tanpa ada gangguan.Cemburu bila tengok kawan-kawan hadirilah majlis-majlis ilmu yang diadakan.Tapi aku hanya terperap dirumah,Hanya kerana aku  seorang perempuan  Kalau ada en suami, bolehla en suami bawa pergi menimba ilmu kat mana-mana, itupun kalau dapat en suami soleh yang cintakan ilmu. Tapi mungkin kehidupan kita berbeza..dan mungkin awak semua lagi bertuah. aku cakap macam ni bukan bermakna aku cakap aku ni malang, cumanya inilah ujian dari Allah untukku sebagai hambaNYA. Alhamdulillah..

  Ya Allah adakah ujian ini akan berakhir,usahkan pergi ke majlis ilmu,menjejakkan kaki ke masjid lagi tak pernah,Rasa terkilan sedih dan kecewa sangat-sangat,Solat terawih tak pernah,solat sunat hari raya pun lagi tak pernah,Allah..Allah..Pernah tak mak ayah tanya apa yang anak dia nakkan dalam mencapai kebahagai hidup dia,Aku tak minta banyak tapi tolong izinkan aku untuk menunutut ilmu salah kah?hina kah?benda yang aku nak buat ni?Kenapa tak yakin dengan kuasa Allah kenapa perlu takut,Allah swt takkan biarkan kita ditimpa musibah hanya kerana kita nak menuntut ilmu..Andai mampu ku ungkap kata-kata ini pada mereka..

   Mak cakap selagi aku masih dibawa tanggungjawab mereka aku tak boleh suka hati buat keputusan..Ya Allah salahkah jalan aku pilih ni?Pergaulan terbatas,semua tersekat,sampai bila?Aku pernah buat satu tindakan yang aku rasa betul,iaitu kawenTapi semua tu tak jadi..ehm mak tak restu.sebab pekerjaan dia dan darjat..Tapi aku tak fikir semua tue sebab aku rasa dia boleh bimbing aku dan keluarga aku,Ternyata aku silap tak sangka sebab ilmu nya aku dipermainkan.Bodohhh Sebab aku jahil hati aku dipermainkan..manusia
.manusia..Sebab tue aku dah tak percaya lagi pada sesiapa pun,tinggi kah ilmu agamanya?dan siapa pun dia aku malas nak fikir..

  Ada baiknya aku berdikari sendiri untuk tarbiah diri aku dan keluarga tanpa mengarapkan insan yang kononnya yang bisa membimbing keluarga aku..Tapi kalau aku terus terperap macam ni,nak pergi mana-mana pun tak boleh,Jangan salahkan aku kalau aku sombong,sebab aku memang tahu bergaul dengan orang,Bila dikerumuni dengan ramai orang aku rasa tak selamat dan rasa nak berkurung dalam bilik lagi bagus,aku rasa rimas,takut,gelisa,malu..

  Andai aku ditanya apa mahu ku..Cukuplah izinkan aku menuntut ilmu Allah swt,aku yang dahagakan ilmu nya.aku yang ingin iman ku disisi dengan bekalan zat ilmu dan Al-quran..Andai bisa izinkan aku untuk memperbaiki kekurangan diri ini,izinkan aku untuk mencari kedamaian dihati,izinkan aku untuk mencari cinta ilahi,

  Adik  Taufiq maafkan akak,akak tak mampu nak bimbing keluarga kita,Akak lemah sangat-sangat,akak tak tabah dengan ujian ni..abang dan kakak taufiq langsung tak hormat akak,Kalau adik ada kan bagus akak tak rasa lemah macam ni?maafkan akak sebab tak peluk dan cium adik dulu,akak minta maaf sebab bencikan adik,adik tak salah,akak yang salah,akak tak hargai kehadiran adik dalam hidup akak,akak pentingkan diri sendiri.akak takut adik bawa mak pergi sekali dengan adik..Adik apa yang patut akak buat,Beruntung adik kan tenang disana,tapi akak kat sini..Akak nak jadi ustaza nak ajar abang dan akak taufiq mengaji dan belajar agama.adik tau tak akak rasa sedih sangat-sangat bila akak hanya mampu sedekahkan Al-fateah jak buat adik..

  Nak bacakan adik surah tiap-tiap malam,akak tak tahu,akak malu pada adik,akak langsung tak berguna pada mak ayah dan adik-adik yang lain..akak malu sangat-sangat bila adik akak sendiri tak hormat akak sebagai yang lebih tua..Abang adam kat kl akak rindu nak gurau-gurau dengan dia..kenapa diorang hormat abang adam tapi akak tak?sebab akak lembik erk?sebab akak tak tegas dan garang macam abang adam?..
akak cemburu tengok kawan akak,akak tak pernah dengar mereka panggil akak dengan panggilan kakak.
akak harap sangat bila akak jauh dari diorang baru diorang akan rasa apa yang akak rasa..Akak rasa akak tinggal ditempat yang asing.apa yang akak buat selalu salah,akak macam katak bawa tempurung akak tak tahu sampai bila akak akan terus bertahan dengan mereka,

  Tapi semua tu akak terima nak buat macam mana,diorang tak biasa,apa yang buat akak rasa nak keluar dari rumah bila akak nak solat,Ya Allah.Allah swt saje yang tahu perasaan akak time tu,rasa marah,sakit hati,sedih pun ada..Ya Allah tabahkan aku dalam menempuh setiap ujian Mu ini..Hanya padaMu tempat aku mengadu nasib ini..Hanya Engkau yang mengetahui setiap duka dan perit yang harus ku lalui..Mampu kah aku terus bertahan,Lapangkanlah aku dengan setiap ujian dan dugaan Mu ini..








 

Monday, May 27, 2013

                Saat Hadirnya Cinta 

 Aku tak tahu hadirnya dia dalam mimpi ku hanya mainan tidur atapun petunjuk dariNya..

Aku tak suka dengan persaan ni,ia cukup meyeksaku,boleh tak tolong padamkan perasaan ini dari hati aku,Aku selalu berdoa agar Allah hadrikan rasa cinta dihati ini hanya buat Nya..Tapi mengapa hati ini di uji dengan menyintai hambaNya..

Ya Allah adakah semua ni ada hikmah sebaliknya..Adakah kerana aku ego dan angkuh untuk menerima  nikmat Mu ini..Sakit nya bila merindui dia belum halal bagiku..Ya Allah bantu lah aku untuk menghadapi rasa cinta ini,Jangan biarkan aku lemah dan lalai hanya kerana cintaku pada hambaMu..

Izinkan aku untuk merasai nikmat cinta yang tulus suci dariMu Ya Allah..Sesungguhnya hanya padaMu tempat aku bergantung harap..Andai dia telah Engkau ciptakan buatku..Bantulah aku untuk menjaga hati ini agar tidak mudah hanyut hanya kerana cinta nafsu semata-mata..

Andai benar luahan katanya buat ku.Seikhlas hati ini menerima apa adanya..Jangan persoalkan rasa sayangku padamu..Kerana biarlah kasih ini ku simpan sampai kita telah disatukan.Jangan tanya adakah aku cemburu?Kerana aku tahu aku takda hak untuk cemburuhimu kerana kau belum tentu menjadi milikku..
  
  Maaf  andai aku sering mengelak,cukuplah rasa rindu dan kasih ini ku luahkan padaNya.. Biarkan aku untuk menjaga hati ini..Hanya ku pohon padaNya untuk sentiasa menjaga mu buatku..Aneh nya hidup ini saling jatuh cinta tanpa bersua muka..Adakah kau bisa menerimaku apa adanya?Bisakah kau lengkapkan setiap kekurangan yang ku punya?
Cukuplah luahan cinta ini ku lafazkan saat kau bergelar suami bukan nya kekasih atau tunangan.Maaf andai ku menjauh..Yakinlah sejauh mana pun jauhnya kita andai sudah kau dan aku adalah satu.Kita akan tetap bersama jua..


 Sekian Utusanku buatmu 

Wednesday, May 22, 2013

           Dia Yang Teristimewa


  Dia insan teristimewa pada pandangan Allah swt,Tapi dia dipandang hina dimata manusia,hanya kerana kekurangan yang dia punya,dia disisikan dan diperlekehkan hanya kerana kekurang nya..Manusia hanya tahu menjatuhkan hukuman buat insan yang selemah dia,dan bagiku dialah insan teristimewa,

  Kita pasti akan mengadu,menangis bila kita rasa sakit,Tapi dia langsung tak tahu nak meluahkan rasa sakit yang dia rasa,Aku sering melihat dia ketawa,gembira macam tak pernah ada masalah,sakit kah dia,lapar kah dia?orang langsung tak tahu,Tapi hanya insan yang bergelar ibu yang memahami nya,Hari pertama aku mula melihatnya aku takut sangat,dia seperti orang yang tak waras,cuba bayangkan dalam syok-syok dengar orang tua bercerita tiba-tiba orang jerit kat kita,tak kah nak putus jantung rasanya,Time tu aku kecik lagi ehm 8 tahun kot,asal pergi rumah atok jak mesti pakai spek mata gelap,hehe sebab takut dengan pakcik tu lah,Nak tahu dia adik ayah aku,dulu dia tak macam tu,Tapi sebab demam pasti dia terus sawan,Umur aku yang 8 tahun tu tak matang lagi,jadi langsung takda perasan nakal adalah,
 
  Sejak nenek meniggal pakcik dan atok tinggal kat tempat sepupu aku,Tapi tak lama sebab diorang tak tahan nak jaga pakcik aku yang istemewa tu,So pindahlah tinggal dengan aku dan keluarga,Dah tugas aku bagi pakcik makan,Ya Allah bila ingat balik peristiwa tue aku rasa bersalah sangat-sangat,tapi time tu aku tak matang lagi,Bila time nak suap,bukan pakcik yang makan tapi aku yang makan,aku suap diri aku dulu baru aku suap pakcik,oklah tu kan.ish tapi tetap jahat jugak cara tue,Pernah satu hari aku kena sembur dengan pakcik,sebab dia marah kot aku amik makanan dia,salah aku jugak,Tapi takpalah aku share makan dengan pakcik,Bila pikir balik ada tak orang yang sudi nak kongsi makan dengan orang yang terancat akal,takda kot,aku jelah tue,hehe **perasan jap**

  Adik-adik aku selalu buli dia termasuklah aku tapi taklah sejahat adik-adik aku tue,aku cuma ikat rambut dia jak,nampak comel hehe..ish sah tak matang adakah buat pakcik macam orang perempuan.Ya Allah petang tu hilang dari rumah,salah orang kat rumahlah awat tak kunci pintu,habis aku dengan abang kena marah,cari punya cari kami jumpalah kat pinggir jalan,elok jak dia duduk kat situ,Time mood abang aku panas,apa lagi bebirat betis pakcik kena pukul,Sebagai penyelamat aku pun dok bebellah abang aku..

  Semua kenangan pahit buat dia,Bila dia rasa sakit,pakcik akan lari ke hulu-ke hilir untuk mengurangkan sakit dia,Tapi mak tak pernah sisihkan pakcik,bila kami buli pakcik mak selalu ada sebagai penyelamat,mak tak pernah merungut dalam melayan karena pakcik,apa salah dia?kenapa meyeksa dia,dia tak tahu apa-apa pun,ayah pun sama,ayah akan marah kami kalau kami kacau tau buli pakcik,time tue kan kami nakal,

 Malam tue adalah hari terakhir pakcik,aku tak tahu apa puncanya,dah ajal siapa kita nak melawan takdir,ayah belum balik kerja lagi,seingat aku time tue kami tengah tengok tv..Tiba-tiba kami terdengar bunyi bising kat dapur,bilik atok dan pakcik dekat dengan dapur..Aku nampak pakcik meluru keluar dari bilik,mak cuba tenangkan pakcik tapi pakcik meronta-ronta,mak bagi minum,pastu mak baringkan pakcik dengan pangkuan,Ya Allah itulah kali pertama dan terakhir aku tengok pakcik senyum,senyum dia lain sangat-sangat,Pakcik senyum kat mak,antara senyuman ucapan terima kasih sebab jaga dia,dan itulah senyuman pakcik yang terakhir,dan arwah pakcik menghembuskan nafasnya yang terakhir dipangkuan mak dan bersaksikan kami semua,Aku pandang atok dengan penuh persoalan?

  Berakhir sudah peyeksaan arwah didunia ini,wajah nya penuh ketengan,Maafkan silap ila tak terlintas dihati nak meyakiti,ampunkan dosa ila pada pakcik,ila doakan kebahagian pakcik disana Aamiin ya rabbi..

P/s Dia insan yang teristimewa bagi aku,karya ni khas untuk arwah pakcik Al-fateha..